Gadis 19 Tahun DITEMUI MATI Di Rumah Bekas Kekasih Di Cheras !!!

| November 21, 2015 | 0 Comments

Gadis 19 Tahun DITEMUI MATI Di Rumah Bekas Kekasih Di Cheras !!! | Seorang gadis berusia 19 tahun ditemui mati dengan kesan bengkak pada muka dan luka di bahagian betis di sebuah pangsapuri di Cheras Utama, Cheras pada Jumaat.

BAYI

BAYI

Mayat mangsa ditemui di salah sebuah bilik dalam keadaan terlentang di atas lantai kira-kira 5.10 petang oleh anggota Polis yang tiba di pangsapuri berkenaan setelah menerima maklumat.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata mangsa sebelum ini tinggal bersama bekas teman lelakinya di rumah berkenaan namun keluar dari rumah Oktober lepas kerana berlaku perselisihan faham.

Katanya siasatan awal mendapati mangsa kemudian pulang ke rumah lelaki itu pada Rabu lalu dalam keadaan bengkak di bahagian muka dan badan selain terdapat luka di kedua-dua belah betis.

“Lelaki berkenaan ingin membawa mangsa ke hospital, tetapi mangsa enggan dan menyatakan bahawa dia telah dikejar dan dipukul oleh teman lelakinya yang baharu,” katanya. KREDIT ASTRO AWANI.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , , ,

Category: Tempatan, Wanita

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *