Akhirnya.. Adira Kongsi Kisah DILAMAR Dan Punca TERTARIK Dengan Datuk Seri !!!

| December 22, 2015 | 0 Comments

Akhirnya.. Adira Kongsi Kisah DILAMAR Dan Punca TERTARIK Dengan Datuk Seri !!! | Penyanyi Adira memberitahu dia membuat keputusan bernikah dan sedia bermadu selepas tiga minggu berkenalan menerusi telefon dengan ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu. Adira berkata, biarpun perkenalan mereka singkat namun dia bersetuju dengan lamaran tersebut kerana yakin dengan keikhlasan lelaki itu untuk memperisterikannya.

1

“Terus terang perkenalan kami sebenarnya sangat singat dalam tiga minggu sahaja sebelum dia melamar saya untuk menjadikan saya isterinya. Sepanjang tempoh itu juga saya hanya berjumpa dengannya sebanyak dua kali sebelum dia menyatakan hasratnya hanya menerusi panggilan telefon. Saya terima kerana keikhlasannya dan menganggap apa yang berlaku itu adalah jodoh saya,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai tarikh sebenar dia bernikah dengan Adnan, Adira bagaimanapun enggan mendedahkan perkara itu. Malah kata Adira, sebelum ini dia enggan mengesahkannya kerana perlu menjaga hati banyak pihak terutama keluarga madunya.

“Maaf saya tidak dapat memberitahu perincian berhubung perkahwinan kami dan seelok-eloknya biarlah ia datang daripada pihak lelaki sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai Adnan, Adira berkata, perkenalan mereka menerusi kakaknya yang juga kenalan ahli perniagaan berkenaan. Kata Adira, dia tertarik dengan Adnan kerana sikapnya yang merendah diri berhubung latar belakangnya dan tidak bercakap buruk mengenai isteri pertama.

“Alhamdulillah perjalanan saya untuk berkahwin dipermudahkan dan saya senang menerimanya kerana sikap jujur dan tidak terlalu berusaha untuk menyakinkan saya. Saya kagum dengannya yang tidak menjadikan isteri pertama sebagai alasan untuk berkahwin dan tidak pernah dia memburuk-burukkan wanita itu kepada saya. Selebihnya biarlah saya simpan untuk pengetahuan diri saya sahaja,” ujarnya.

Jelas Adira keluarganya juga merestui hubungan mereka berdua malah diterima baik oleh isteri pertama Adnan.

“Alhamdulillah seperti saya katakan tadi semuanya berjalan lancar walaupun semuanya berlaku dalam masa singkat. Biarpun kami tidak sempat bercinta tetapi Insya-Allah berkasih sayang selepas berkahwin lebih baik,” ujarnya.

Ditanya adakah keputusannya berkahwin secara tergesa-gesa kerana kecewa selepas putus tunang sebelum ini, Adira menjawab ringkas : “Ia tidak ada kena-mengena”. KREDIT SENSASI MALAYSIA.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , ,

Category: Hiburan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *