“Dia Yang Tak Reti Parking, Dia PANCITKAN Tayar Kereta Aku” !!! (5 GAMBAR)

| January 11, 2016 | 3 Comments

“Dia Yang Tak Reti Parking, Dia PANCITKAN Tayar Kereta Aku” !!! (5 GAMBAR) | Kereta mewah tetapi otak pemiliknya tidaklah seberapa mewah apabila bertindak bodoh dengan menganiaya pemilik kenderaan yang lain. Itulah yang dialami oleh mangsa yang memandu kereta Perodua Kancil dalam insiden yang berlaku di tempat letak kereta sebuah bangunan.

1

“Ini satu sifat manusia yang tidak bermoral. Salah sendiri, kereta saya pula yang dipancitkan. Jangan ingat bila guna kereta besar, boleh buat sesuka hati. Penat saya nak bawa anak-anak. Tolong viralkan sifat pemilik kereta merah yang kurang akal ini,” kata Mohd Fadzil di laman Facebooknya.

Fadzil mengetahui perkara ini setelah diberitahu oleh seorang saksi yang meninggalkan nota, “W6268C do this!!”

2

Bagi mempertahankan dirinya tidak bersalah, Fadzli memuat naik beberapa gambar bukti yang menunjukkan keretanya diparkir dalam petak tanpa mendatangkan masalah pada pengguna yang mahu menggunakan petak parkir di bahagian tengah.

Malangnya, pemilik kereta merah terbabit yang jelas sekali memarkirkan kenderaannya melebihi garisan yang ditetapkan.

Tanpa sebarang rasa bersalah, pemiliknya menganggap ruang sempit di bahagian kanannya itu disebabkan oleh kereta Perodua Kancil tersebut, lalu bertindak memancitkan tayarnya.

3
4

Bagaimanapun, Fadzil tidak membuat laporan polis dan hanya meminta orang ramai menyebarkan gambar itu di media sosial agar pemiliknya sedar akan kesalahan dirinya sendiri. – THEHYPEMEDIA.COM

P.S. 1 – Suami Mundar Mandir Menanti Isteri Yang Sedang BERSALIN… Jururawat Keluar Dan… (Sediakan Tisu) !!!
P.S. 2 – Di Tempat Misteri Ini… TELUR Boleh Masak Dengan Sendiri Di Atas BATU !!!
P.S. 3 – Misteri di Gunung Baling Kedah Yang Ramai Tak Tahu…
P.S. 4 – Anda PASTI Terkejut Apabila LIHAT Apa Yang Telah Dilakukan Kepada WANITA Ini !!!
P.S. 5 – Gambar Seram Di Air Terjun Sekayu Yang Akan Anda Tengok 2x !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Comments (3)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Leehanvoon says:

    GTR tu ingat parking 2 lot…
    Tapi tak berani parking tengah²

    So kancil masuk je la…

    Sempit nak buka pintu.. Dia sabotage kancil pula nampaknya…

    Tapi takkan dia bodoh sampai pancitkan kereta sebelah dan sendiri masih parking di lot sama tepi mangsanya…

    Petak parking pun satu…
    Lepas parking macam mana nak access tangga?

  2. mdnoor74 says:

    Rasanya macam ada nak aniaya kedua2 pemilik kereta nie,orang tersebut pancitkan kancil dan tulis mesej trsebut. Mungkin budak2 nakal kot.

  3. Zakwan says:

    Rsenye ini kne fitnah ney… sje nk aniaya owner kete sebelah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *