Ibu Meninggal Dunia, Pelajar Di USA Ini Kesempitan Wang Untuk Pulang Namun Tak Sangka…

| January 19, 2016 | 0 Comments

Ibu Meninggal Dunia, Pelajar Di USA Ini Kesempitan Wang Untuk Pulang Namun Tak Sangka… | Terpaksa berjauhan beribu batu dengan keluarga demi melanjutkan pelajaran, pastinya bukan mudah. Kita yang study dekat-dekat ini pun pantang cuti mesti nak balik kampung kan.

1

Gadis ini mendapat perkhabaran ibu meninggal dunia ketika pulang ke Amerika Syarikat setelah 3 minggu menjaga ibunya. Tambahan pula dia berasal dari keluarga kurang berada dan perlu beli harga tiket yang mahal pada saat itu.

Otak membengkak, beli tiket saat akhir

2

Nama saya Ilifilza Rusli, saya buat kutipan untuk sahabat baik saya Hafiza Hashim (gadis bertudung pink) yang baru kehilangan ibunya. Kami berdua merupakan pelajar Malaysia yang belajar di Amerika Syarikat (US). Kepada mereka yang kurang tahu tentang negara kami, Malaysia terletak di Asia Tenggara, lebih kurang 9ooo batu dari sini.

Cuti musim salji yang lalu, Hafiza terpaksa membeli tiket di saat akhir ke Malaysia kerana ibunya disahkan menghidap stroke. Dia berasal daripada keluarga yang kurang berada dan harga tiket tersebut cukup mahal melebihi apa yang dia mampu. Doktor memberitahu otak ibunya membengkak jika dilakukan pembedahan akan membahayakan nyawanya. Hafiza menjaga ibunya lebih kurang 3 minggu.

Ibu meninggal ketika dalam perjalanan pulang ke US

Semester baru telah bermula dan dia terpaksa kembali ke Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian. Semalam semasa dalam perjalanan ke US dari Malaysia, dia mendapat berita ibunya meninggal dunia. Dia dapat tahu semasa sedang transit di Jepun, menunggu terbang ke Ames, Iowa. Untuk pengetahuan Hafiza kehilangan ayahnya 2 tahun yang lalu ketika berumur 19 tahun dan kini ibunya pula pergi.

Dengan mengadakan kutipan ini, saya harap ianya dapat menanggung perbelanjaan tiket pergi dan balik Hafiza. Walaupun dia tidak memberitahu jumlah yang dibelanjakan untuk membeli tiket tersebut, saya tahu ianya pasti sangat mahal tambahan pula ia dibeli pada saat akhir dan dia terpaksa memimjam daripada orang lain. Sebagai kawan, ini sahaja cara yang saya mampu tolong. Saya harap ia dapat meringankan beban Hafiza, sedikit sebanyak mengurangkan kerisauan dia.

Kempen yang dilancarkan oleh Ilifilza di laman web GOFUNDME.COM ini mendapat respon yang cukup menggalakkan daripada orang ramai. Kurang daripada 24 jam, sebanyak $4402 berjaya dikutip.

Atas permintaan Hafiza, kutipan ini telah diberhentikan. Dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu. Terbaiklah! via OHBULAN.

3
4

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Wanita

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *