Dah Jam 1 Pagi, Ayahnya Tak Kunjung Tiba….

| February 24, 2016 | 0 Comments

Dah Jam 1 Pagi, Ayahnya Tak Kunjung Tiba…HANTAR MURID DARJAH DUA PULANG PUKUL 1 PAGI DIIRINGI POLIS
=================================

Pertamanya saya mohon maaf.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana mana pihak.Namun kisah ini perlu dijadikan iktibar.Kita boleh tutup mata..tetapi hati kita tidak tega untuk melihat sahaja.Ini kisah masyarakat kita.Natijah daripada nilai masyarakat kita juga.

993553_1276525269028367_6595096210685578138_n 12717966_1276525149028379_4235167673434970482_n 12742243_1276525235695037_1915812260929634762_n 12742734_1276525192361708_7466015200010296036_n

Pernah viral tahun lepas.Terima kasih siakap keli dan beritasemasa.Aku
tak popular pun kalau menjaja cerita.Aku lebih suka dikenali jika menempa kejayaan hebat.Bukan dengan cerita picisan.

Pihak sekolah telah melakukan segala yang terdaya.Dengan izin guru besar kami terpaksa meminta bantuan pihak berkuasa.Tahun lepas 9 kali..tahun ini shj sudah 3 kali.Semalam kemuncak cerita.Jam 1 pagi bapa Hajar belum muncul tiba.Bayangkan anak kecil ini.5-6 kali tidur bangun tapi ayah masih tak sampai.Kasihan Hajar.Prestasi di sekolah sangat teruk.Jiwanya keras memberontak.Dia tak hairan pada sesiapa pun.Dia dah biasa.Tapi dia baru 8 tahun.belum kenal dunia ini.Bayangkan 10 thun lagi dimana Hajar akan berada.Apa Hajar akan jadi.

Mujur Pengawal keselamatan kami sangat prihatin.Bukan kerja dia mengasuh budak.Tahniah Rani.Hang adalah hero.Aku rasa gaji hang perlu dinaikkan 10 kali ganda.Telefon bapanya berkali kali tak diangkat.Sah…tengah tidur.Aku paling dekat.Common sense.Aku,Ust mi..ust faizal dan cg jasni.Kami tunggu.Kesabaran ada had beb.Kami telefon Polis..telefon Talian Nur.Tengah malam.siapa yang nak datang .

Dah sampai tengah malam.Takkan nak tunggu sampai pagi..kerja beb.Mujur 3 abam Polis yang kacak datang ronda.Muda lagi.aku lupa ambil nama.mereka sudi escort hantar balik.

Bukan boleh suka suka bawa balik rumah.Buat anak angkat.ini budak..sekali bapa dia lipat cerita…masuk dalam dulu kami.Kalau aku bawa naik kereta..tetiba bapak dia datang anak tak ada..sappp dia tuduh aku bawak lari…mendapat aku.

So pukul 1 pagi kami hantar.di escort oleh abam polis yang prihatin.hantar sampai depan rumah.Cerita disitu aku malas nak story..so Hajar pulang dengan selamat…Sampai bila?entah..sebulan dua mungkin back to normal..

Aku balik…terus tatap Aeesya yang sebaya Hajar tengah tidur nyenyak.Siap berselimut.Aku buka gambar Hajar tengah duduk atas kerusi depan pondok jaga memandang kegelapan malam.Kolam mata aku bocor beb.Berhambur tak mampu nak tahan..walaupun aku bermisai berjanggut dan bermuka bengis…hati aku macam tisu yang dikoyak koyak.

Maafkan aku sebab terpaksa cerita…aku kena cerita..ini kisah di celah celah kehidupan kota. jangan kecam Hajar dengan bapak dia.Kita tak tahu apa yang depa alami dan harungi.Aku cuma mampu berdoa moga Hajar jadi anak yang baik.

Sori beb..kolam bocor lagi.

Cikgu Zahran

P.S. 1 – “Saya TERKEJUT Tengok 16 Tong…Bukan Dulang” Inilah Pendedahan Tun Mahathir Tentang Majlis Pertunangan Anak Najib Razak Yang MEWAH !!!
P.S. 2 – “Zahid Hamidi Sila Letak Jawatan Dan Anaknya Sila Duduk DIAM!!” Inilah Komen PEDAS Buat Zahid Hamidi Dan Anaknya !!!
P.S. 3 – Inilah Soalan PANAS Nurul Izzah Kepada DS Zahid Hamidi Tentang MOU Bangladesh-Malaysia Yang Buat DS Zahid Hamidi TERKEDU !!!
P.S. 4 – “Kak Long Tunggu Jer Korang Cari Kak Long Nanti Di Padang Mahsyar” Inilah Kata-Kata Anak Zahid Hamidi Kepada AMRAN FANS !!!
P.S. 5 – “Siapa Peguam Negara Hendak Campur Tangan Dalam Hal Ehwal Pentadbiran SPRM?” Soal Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *