Inilah Jawapan BALAS Buat Adik Neelofa Tentang Video “Sekolah Bantuan Kerajaan Teruk” Yang Bakal Buat Dia TERSENTAP !!!

| February 24, 2016 | 3 Comments

Inilah Jawapan BALAS Buat Adik Neelofa Tentang Video “Sekolah Bantuan Kerajaan Teruk” Yang Bakal Buat Dia TERSENTAP !!!

Sekolah Bantuan Kerajaan teruk?

Tersebar video adik yang cuba membandingkan antara sekolah antarabangsa dan sekolah bantuan kerajaan (government school) dari segi kebersihan, persekitaran, pengajaran, guru, dan beberapa aspek. (Tapi sekarang video dia dah delete..)

ADIK-NEELOPA

Dik….

Kalau adik nak senaraikan kelemahan demi kelemahan sekolah bantuan kerajaan ni, sebenarnya banyak je. Bukan sekadar kantin, atau toilet saja yang teruk, bahkan banyak je lagi.

Adik boleh senarikan sejuta keburukan sekolah bantuan kerajaan ni. Kalau nak tambah lagi 500 senari pun boleh je. Video yang adik buat tu tak berapa nak cukup sangat. Ada banyak lagi yang adik boleh senaraikan dengan sekolah international tu.

TETAPI…

Adik mungkin lupa yang sekolah kerajaan yang tak best, tandas kotor, kantin makanan tak best dan kotor, cikgu cincai ni,

1) Telah melahirkan beribu-ribu, bahkan BERJUTA-JUTA masyarakat yang BOLEH membaca, menulis dan mengira. Tak kisah sama ada bahasa Melayu, Inggeris atau lain-lain.

Netizen yang tengok video adik tu MAJORITI adalah bersekolah dari sekolah bantuan kerajaan. Dan mereka boleh FAHAM bahasa Inggeris yang adik cakap dalam youtube tu.

2) Telah BERI PELUANG kepada berjuta-juta anak orang miskin atau sederhana untuk mendapat pelajaran walaupun dalam perkara asas.

Bayangkan kalau yuran sekolah bantuan kerajaan sama macam yuran sekolah antarabangsa, saya rasa kadar buta huruf di Malaysia maybe lebih teruk dari kadar buta huruf di Mesir.

Adik tau tak mak ayah anak orang miskin ni ramai tak mampu pergi sekolah sebab tak de duit? Mereka kumpul duit dengan jual itu ini, gadai itu ini semata-mata nak anak mereka dapat pendidikan di sekolah yang adik pandang rendah tu.

Adik mungkin tak rasa, sebab lahir dalam keluarga yang senang. Dan dapat pula ahli keluarga yang popular.

Mak saya dulu terpaksa tak pergi sekolah, menoreh getah, untuk kumpul duit semata-mata nak pastikan adik beradik dia dapat pergi sekolah. Dan kerja kilang untuk cari duit supaya saya boleh pergi sekolah.

Dan mak saya terpaksa berkorban tak pergi sekolah, dan jadi buta huruf sampai sekarang. Semata-mata nak hantar saya pergi sekolah bantuan kerajaan yang adik kata “cikgu cincai” tu.

3) Bagi peluang kepada BERIBU-RIBU bahkan BERJUTA anak-anak orang miskin dan sederhana untuk dapat mencari platform bagi SAMBUNG belajar ke peringkat universiti, hingga ke PhD dan lebih dari itu. Itu belum lagi yang pergi luar negara lagi.

Antaranya yang famous sekarang ni adalah Hafizah Noor Isa yang dapat buktikan teori Einstein. Dia dulu sekolah kat sekolah bantuan kerajaan yang adik kata tandas kotor tu. Itu belum lagi saya sebut tokoh-tokoh yang hebat di Malaysia ni, saya yakin ramai dulu bersekolah di sekolah bantuan kerajaan.

Malah saya yakin sangat, ramai cikgu di sekolah antarabangsa dulu masa bersekolah mereka berasal dari sekolah bantuan kerajaan. Saya tak rasa semuanya berasal dari sekolah antarabangsa.

4) Bagi peluang kepada BERIBU-RIBU bahkan BERJUTA anak orang Melayu Muslim untuk belajar ASAS Islam. Tahu hukum hakam Islam, tahu bab solat, dan sebagainya.

Walaupun pengamalan masih rendah, tetapi sekurang-kurangnya mereka TAHU dan BELAJAR di sekolah bantuan kerajaan yang adik kata kantin dia kotor.

5) Menjadi asbab kepada BERIBU pelajar-pelajar yang Non Muslim untuk mengenal Islam lalu ramai yang memeluk Islam. Mereka tak sekolah di sekolah antarabangsa pun, mereka sekolah di sekolah bantuan kerajaan yang kau kata cikgunya takde qualification.

6) Dan banyakk lagi SUMBANGAN dan HASIL dari sekolah bantuan kerajaan ni kepada rakyat Malaysia khususnya. Kalau saya sebut nanti, boleh buat 1 buku baru pula. Hehe.

Screen-Shot-2016-02-24-at-11.57.15-AM

———

Kesimpulannya,

Sekolah antarabangsa pun BUKANNYA perfect dan sempurna mana pun. Banyak je kelemahan. Cuma sebab dia ANTARABANGSA, campur dengan foreigner, so rasa gah sikit.

Padahal sama je, cuma sistem dan environment je lain. Yang foreigner yang dibanggakan tu manusia juga, bukan alien workshop.

Saya dah travel beberapa negara di europe, hasilnya, mat saleh kat sana sama je macam kita. Bahkan sebahagian dari mereka lebih worst dari apa yang kita pernah bayangkan.

So dik, nasihat saya walaupun saya tahu adik takkan baca status ni,

1) Tak payahlah nak membandingkan sekolah antarabangsa dengan sekolah government atau apa-apa perkara lain.

Ibarat adik cuba bandingkan Ferrari dengan Myvi. Lepas tu duk bangga dengan Ferrari, dan siap kutuk2 Myvi.

Bandingkanlah Ferrari dengan Lamborghini ke, dengan Mercedez ke, dengan BMW ke, atau apa-apa la.

Fikir dulu sebelum banding. Benda basic ni. Kata sekolah international. Hehe.

2) Saya tahu adik dah delete video dan dah minta maaf. Tapi nasihat saya, dalam dunia serba moden ni, freedom of speech atau hak untuk bersuara ni TETAP ada LIMITASI.

Berhati-hati sebelum menyuarakan pandangan, walaupun kau nak kata,

“Ini hak aku nak cakap.. suka hati aku la..”

Lepas tu bila kita kritik dia balik, tahu pula marah dan tak suka. Sama juga seperti yang adik buat. Ramai orang tak suka, so hormati yang majoriti.

Sebelum bagi pandangan, terutama yang melibatkan masyarakat umum, FIKIR DULU.

Nak cerita bab kelemahan, semua perkara ada kelemahan. Kita hidup di dunia, bukan di Syurga.

K sekian.

Shukery Azizan
6:44 PM
Dungun, Terengganu.

Facebook : Tarbiah Sentap

P.S. 1 – “Saya TERKEJUT Tengok 16 Tong…Bukan Dulang” Inilah Pendedahan Tun Mahathir Tentang Majlis Pertunangan Anak Najib Razak Yang MEWAH !!!
P.S. 2 – “Zahid Hamidi Sila Letak Jawatan Dan Anaknya Sila Duduk DIAM!!” Inilah Komen PEDAS Buat Zahid Hamidi Dan Anaknya !!!
P.S. 3 – Inilah Soalan PANAS Nurul Izzah Kepada DS Zahid Hamidi Tentang MOU Bangladesh-Malaysia Yang Buat DS Zahid Hamidi TERKEDU !!!
P.S. 4 – “Kak Long Tunggu Jer Korang Cari Kak Long Nanti Di Padang Mahsyar” Inilah Kata-Kata Anak Zahid Hamidi Kepada AMRAN FANS !!!
P.S. 5 – “Siapa Peguam Negara Hendak Campur Tangan Dalam Hal Ehwal Pentadbiran SPRM?” Soal Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Comments (3)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. khairuddin says:

    Bak kate jep sepahtu… Muke cantik tp bodoh… Ni la contoh paling tepat… Antara perempuan aku lebel sebagai bangang abadi… Mak bapak dia gagal didik jd seorang yg cerdik berfikir… Sibodoh yg mengharap pada muka… Da tua nnt tgk la cermin

  2. Kasut merah says:

    Dia saje nk popular… maruah letak kt tapak kaki…pakaian pun ketat tp btudung…sek internationaler tu ajar cmtu ke??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *