Anak DS Zahid Hamidi BUAT HAL Lagi Sehingga Di KECAM Oleh Kesatuan Anak-Anak Kapal Kerana MENGUTUK Pramugari MAS !!!

| March 30, 2016 | 0 Comments

Anak DS Zahid Hamidi BUAT HAL Lagi Sehingga Di KECAM Oleh Kesatuan Anak-Anak Kapal Kerana MENGUTUK Pramugari MAS !!!Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) mengecam anak timbalan perdana menteri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid susulan kenyataannya yang dikatakan mengutuk pramugari Malaysia Airlines (MAS).

e4bb7f1c8fea7ab157661baa9e6a38c2

Dalam kenyataannya, Presiden Nufam Ismail Nasaruddin kelihatan amat marah dengan tindakan itu sehingga beliau menghamburkan pelbagai kritikan keras terhadap Nurulhidayah.

“Saya berpendapat budak ini sungguh biadap dan tidak cerdik dengan pos beliau di Instagram yang telah menguris hati ramai pekerja kru kabin,” katanya.

Ismail juga menyifatkan tindakan anak Datuk Seri Zahid Hamidi itu sebagai tidak sensitif serta mengguris dan menyakitkan hati pramugari MAS.

Nurulhidayah sebelum ini menulis:

“Langkah penjimatan syarikat, naik AirAsia pun boleh, Malaysia Airlines hmm (bapak mahal! – bahasa pasar), pramugari pun dah tua-tua. Harap pandangan kasar saya ini tidak dipandang sebagai mencampur dasar kerajaan. #jangankecamsaya.”

7e4f975b2228aa5b661c7aa4e3d0ae46

Beliau bertugas sebagai ketua bahagian komunikasi korporat di Syarikat Perumahan Negara Bhd.

Tulisan itu bagaimanapun telah dibuang di laman sosial itu tetapi rakaman layarnya dikongsi pihak lain di laman penarafan penerbangan Airlineratings kira-kira 2.30 hari in

Ismail berkata, sebagai anak kepada pemimpin nombor dua dalam negara, Nurulhidayah harus lebih berhemah memberi komen di laman sosial.

“Kalau macam ini perangai seorang anak timbalan perdana menteri, maka beliau memang bukan berjiwa rakyat,” katanya.

Sebagai seorang wanita pula, Nurulhidayah harus utamakan maruah dan membela nasib kaum pekerja wanita, bukan mengutuk mereka, kata Ismail lagi.

“Jadi saya nasihat beliau tolong tutup mulut dan jangan terlampau lantang sebab komen beliau akan memalukan bapa beliau iaitu seorang timbalan perdana menteri Malaysia yang juga selalu terbang ke luar negara dengan syarikat MAS,” katanya.

Beliau juga nasihati Nurulhidayah supaya tidak mudah mengeluarkan kenyataan yang akan menyakitkan hati pekerja wanita dan bersikap lebih rendah diri dan tidak “mencari populariti dengan kenyataan yang tidak masuk akal”.

Sementara itu, dalam tulisan lain petang ini, Nurulhidayah berkata beliau meminta maaf kepada kakitangan MAS yang membangkitkan perasaan tidak puas hati dalam perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, komen beliau itu bukan sahaja pengalaman sendiri semata-mata tetapi juga rakan-rakan lain yang mengalami pengalaman buruk serupa.

Sumber : Malaysiakini.com

P.S. 1 – Inilah Diantara KESALAHAN-KESALAHAN DS Vida Ketika Berada Di Bangku Simpanan Pemain Sehingga Beliau Diberi AMARAN !!!
P.S. 2 – ‘Hina Sangat Ke Saya Kahwin Dengan Orang Tua?’
P.S. 3 – Suami Selalu Bawa Anak Naik Ke Tingkat Atas, Rupa²nya…
P.S. 4 – “Bekas Peguam Negara Ada Bukti Terhadap Najib” Inilah Penjelasan TS Muhyiddin Yassin Dalam Sidang Media Sebentar Tadi !!!
P.S. 5 – Individu Ini Didatangi Peminta Sedekah,Alangkah Terkejutnya Wanita Tua Itu Sebenarnya Bekas…

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *