GEMPAR….Akhirnya POLIS Dedah KES SEBENAR Murid Yang “Dibuli” Dipaksa Gunting Lidahnya Sendiri !!!

| March 31, 2016 | 0 Comments

GEMPAR….Akhirnya POLIS Dedah KES SEBENAR Murid Yang “Dibuli” Dipaksa Gunting Lidahnya Sendiri !!!  Shah Alam: Tiada kejadian buli berlaku terhadap murid di sekolah di Klang yang mendakwa dipaksa menggunting lidahnya sendiri minggu lalu.

1934586_247539755585341_447346232153410202_n (1)

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, sebaliknya murid tahun dua itu cedera pada lidah ketika bermain gunting milik rakan sekelasnya.

Katanya, tiada sebarang bukti diperolehi sepanjang siasatan yang dijalankan sejak 25 Mac lalu bagi mengukuhkan dakwaan murid terbabit dipaksa sekumpulan pelajar menggunting lidahnya.

“Berdasarkan laporan yang dibuat guru sekolah itu turut mendapati, tiada sebarang keterangan sokongan yang boleh membabitkan pelajar lain dalam kes berkenaan.

“Kes dianggap selesai kerana murid itu bukan dibuli dan kecederaan yang dialami adalah kerana kecuaian diri sendiri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor tadi.

Abdul Samah berkata, tiada tindakan diambil selepas Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan laporan hasil siasatan.

Dalam kejadian Khamis minggu lalu, murid tahun dua mendakwa dipaksa menggunting hujung lidahnya sendiri oleh sekumpulan lima murid senior ketika sesi persekolahan sedang berlangsung.

P.S. 1 – Inilah Diantara KESALAHAN-KESALAHAN DS Vida Ketika Berada Di Bangku Simpanan Pemain Sehingga Beliau Diberi AMARAN !!!
P.S. 2 – ‘Hina Sangat Ke Saya Kahwin Dengan Orang Tua?’
P.S. 3 – Suami Selalu Bawa Anak Naik Ke Tingkat Atas, Rupa²nya…
P.S. 4 – “Bekas Peguam Negara Ada Bukti Terhadap Najib” Inilah Penjelasan TS Muhyiddin Yassin Dalam Sidang Media Sebentar Tadi !!!
P.S. 5 – Individu Ini Didatangi Peminta Sedekah,Alangkah Terkejutnya Wanita Tua Itu Sebenarnya Bekas…

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *