“SAYA Tak Tahu Peraturan” Ini KOMEN DS Vida Setelah Dilayangkan ‘Kad Kuning’ Di Atas Kesalahan Beliau Semasa Berada Di Bangku Simpanan Pemain !!!

| March 27, 2016 | 0 Comments

“SAYA Tak Tahu Peraturan” Ini KOMEN DS Vida Setelah Dilayangkan ‘Kad Kuning’ Di Atas Kesalahan Beliau Semasa Berada Di Bangku Simpanan Pemain !!!“SAYA tak tahu peraturan, sekarang dah tahu lepas ni tak buat lagi,” itu janji Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Hasmiza Othman selepas dikritik Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam kerana tidak mematuhi peraturan ketika berada di kawasan teknikal bagi menyaksikan perlawanan membabitkan Kelantan.

vida-1-563x353

Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida berkata, selepas teguran itu, beliau berjanji tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Dr Vida memaklumkan beliau tidak tahu mengenai peraturan berkenaan.

Kelmarin, Kevin menggariskan beberapa peraturan yang wajar dipatuhi ketika berada di bangku simpanan, termasuk memakai pakaian berbeza daripada pemain beraksi di padang.

Menurut Kevin, Dr Vida perlu mematuhi peraturan di kawasan teknikal seperti mengelak daripada menggunakan telefon bimbit, pakaian tidak boleh sama dengan yang dipakai pemain di padang.

Kata Kevin lagi, Dr Vida tidak boleh meninggalkan kawasan teknikal untuk bertemu penyokong dan perkara seumpama itu adalah peraturan biasa dalam bola sepak yang perlu dipatuhi.

Malah, Dr Vida juga dikatakan berselfie bersama pemain di kawasan teknikal.

Kevin menegaskan, Dr Vida mungkin tidak dibenarkan memasuki kawasan teknikal jika terus melanggar peraturan.

Menurutnya, Dr Vida dibenarkan memasuki kawasan teknikal menerusi pendaftaran oleh Kafa sebagai pegawai pasukan dan FMLLP selaku entiti swasta yang menguruskan Liga Malaysia (Liga- M) sejak awal musim ini, akur berdasarkan peraturan itu.

P.S. 1 – Inilah Diantara KESALAHAN-KESALAHAN DS Vida Ketika Berada Di Bangku Simpanan Pemain Sehingga Beliau Diberi AMARAN !!!
P.S. 2 – ‘Hina Sangat Ke Saya Kahwin Dengan Orang Tua?’
P.S. 3 – Suami Selalu Bawa Anak Naik Ke Tingkat Atas, Rupa²nya…
P.S. 4 – “Bekas Peguam Negara Ada Bukti Terhadap Najib” Inilah Penjelasan TS Muhyiddin Yassin Dalam Sidang Media Sebentar Tadi !!!
P.S. 5 – Individu Ini Didatangi Peminta Sedekah,Alangkah Terkejutnya Wanita Tua Itu Sebenarnya Bekas…

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *