Setelah Sekian Lama Berdiam Diri…Akhirnya Fizo Omar Buka Mulut Jawab Tentang Isu Video Yang VIRAL Baru-Baru Ini !!!

| April 5, 2016 | 0 Comments

Setelah Sekian Lama Berdiam Diri…Akhirnya Fizo Omar Buka Mulut Jawab Tentang Isu Video Yang VIRAL Baru-Baru Ini !!!KUALA LUMPUR 5 April – Pelakon Fizo Omar menganggap ada pihak cuba mengambil kesempatan dalam menyebarkan khabar angin tidak benar mengenai kejadian tudung Fareeda diserbu peminat, apabila jenama berkenaan mengeluarkan koleksi terbarunya, pada Sabtu lalu.

94-Fizo-Omar-Dan-Mawar-Berbulan-Madu-Ke-Dubai-ROTIKAYA

Menurut Fizo, perkataan ‘merusuh’ yang dikaitkan dengan peminat jenama berkenaan yang beramai-ramai menunggu untuk mendapatkan nombor giliran di depan ibu pejabat Fareeda di Bangi, Sabtu lalu, adalah keterlaluan.

“Kebanyakan yang mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial itu sendiri tidak berada di lokasi kejadian dan hanya berpandukan pemerhatian mereka sahaja. Perkataan ‘merusuh’ langsung tidak tepat untuk menggambarkan situasi sebenar kejadian apabila kami melancarkan tudung terbaru Fareeda pada hari tersebut.

“Sebenarnya keadaan tidak seperti digambarkan pihak-pihak ini. Saya juga percaya ada yang cuba ambil kesempatan dengan menyebarkan cerita-cerita kontroversi yang tidak tepat sebegini,” kata Fizo yang juga Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Global Resources.

Memandangkan dia kini berada di Shanghai, China, Fizo hanya akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai kejadian ini dalam masa sehari dua lagi kepada pihak media.

Video yang dipapar ke laman Facebook itu dimuat-naik oleh pelakon ini sendiri, yang juga merupakan suami kepada Pengarah Fareeda Global Resources, Mawar Abdul Karim.

Semenjak disiarkan, Fareeda mendapat kecaman hebat daripada pengguna laman sosial kerana ia memaparkan adegan bersesak-sesak antara lelaki dan perempuan, hanya untuk mendapatkan nombor giliran masuk ke butik Fareeda pada hari pertama koleksi terbaharunya dilancarkan.

Video yang berdurasi 16 saat itu juga mendapat kritikan pedas daripada selebriti Wardina Safiyyah dan Wan Dazrin yang juga bekas peserta awal rancangan Da’i.

Wardina misalnya, meminta supaya jenama berkenaan janganlah merendahkan dan melayan pelanggan mereka sebagai ‘kambing’ atau ‘lembu’ yang sekali gus merujuk kepada isu terkini Fareeda.

Sumber : Utusan Online

P.S. 1 – Tindakkan Lelaki Ini MENGEJUTKAN Satu Sekolah Apabila Dia MENCEROBOH Tandas Perempuan Hanya Kerana Ingin….
P.S. 2 – Wanita Ini Dihadiahkan Ais Krim Je Dari Suaminya, Tapi Bila Tengok Didalam.. Sweet Gila!!!
P.S. 3 – “Suami Hilang Ingatan Akibat Strok Haba”
P.S. 4 – “Kata Susah Dan Derita Dengan GST Tapi Lebuhraya Sesak,Lapangan Terbang Sesak Pergi Umrah Dan Bercuti”Inilah Hujah YB BN Tentang GST !!!
P.S. 5 – PANAS….Inilah Pendedahan TERBARU DS Mukhriz Mahathir Tentang Isu 2.6b Yang Buat Ramai Ahli UMNO TERKEJUT !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *