The Power Of SEDEKAH. Gadis Ini TERKEJUT Dengan Apa Yang Dia Dapat Selepas BERSEDEKAH !!!

| July 13, 2016 | 0 Comments

The Power Of SEDEKAH. Gadis Ini TERKEJUT Dengan Apa Yang Dia Dapat Selepas BERSEDEKAH !!!  | Assalamualaikum. Aku bakal berkahwin pada hujung bulan 7 nanti. Aku tak tahu aku nak cerita macam mana cuma aku nak cakap yang betapa ajaibnya amalan bersedekah dan ikhlas. Allahuakbar. Aku sangat terharu sebenarnya. Cerita dia begini.

Diana-Amir

Raya kali ni memang aku tak prepare apa-apa sebeb aku nak simpan duit untuk majlis kahwin aku. Yelah walaupun kita perempuan, tapi takkan nak bakal suami kita support 100% kan. So aku memang tak sediakan duit raya langsung kepada anak-anak saudara aku. Malah lebih teruk, aku tak sediakan duit raya untuk ibu aku.

Sehari sebelum raya tu, ibu aku ajak keluar beli tudung raya. Aku pun ikut la sebab nak jadi driver dia kan memandangkan ayah aku dah lama meninggal 6 tahun lepas dan kakak dan abang aku dah kahwin, so memang ibu aku harapkan aku untuk bawa dia ke mana-mana. Setelah 5 kedai aku bawak dia, akhirnya dia berkenan dengan satu tudung ni. Mahal juga. Ibu aku keluarkan purse dia, aku intai tinggal not RM20 dan not RM10 je. Maknanya ibu aku ada duit RM30 je waktu tu. Ibu aku cakap, nak singgah bank nak withdraw duit jap. Entah kenapa tiba-tiba aku cakap, takpelah ibu, guna duit acu dulu. Terus aku buka purse dan keluarkan duit yg aku dah asingkan untuk duit minyak balik KL nanti. Dalam hati aku cakap, takpela takde duit minyak, aku leh balik naik bas. Ibu aku senyap je. Dan aku pun bayar tudung tu.

Hari raya kedua, aku pergi beraya rumah nenek aku. Masa sesi bersalaman tu, ibu aku dan adik beradik aku semua bagi duit raya kat nenek. Aku seorang je tak bagi. Aku malu sebenarnya sebab nenek banyak juga menyumbang waktu aku study kat USM dulu. Entah kenapa tiba-tiba aku minta satu sampul dari kakak aku dan aku pun ambil duit sewa rumah aku yang aku dah asingkan. Dalam hati fikir, takpelah berserah jelah.

Sebenarnya, bulan ni memang aku pokai sikit sebab aku kena bayar road tax dan insurans, jadi belanjawan agak lari. Aku tak cerita semua ni kat keluarga terutama ibu sbb taknak menyusahkan mereka.

Klimaks cerita aku, semalam waktu aku tengah sembahyang kat surau office, tiba-tiba dapat mesej yang claim dan duit OT dah masuk. Sejam kemudian, paklong aku minta no akaun nak sumbang utk majlis kahwin aku. Aku ingtkan dia bagi RM200 je, tapi rupanya dia bagi RM2,000. Allahuakbar. Menangis aku. Aku rasa terharu sgt. Betul lah Allah kata. Ikhlas lah dalam bersedekah. Allah pasti akan tolong kita kalau kita tawakal. Terima kasih ya Allah.

Viva

P.S. 1 – Pagi Raya. Aku Lafaz CERAI Isteri Di Hadapan Semua Adik Beradik Hanya Kerana AIR !!!
P.S. 2 – Terkini Bom Madinah. Inilah Tindakan 4 Polis Terhadap Pengebom Berani Mati Sebelum Mereka Syahid !!!
P.S. 3 – ”Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa AKu Yang Kena??” Wanita Ini MERAUNG Akibat Perbuatan Suami !!!
P.S. 4 – Pernah Bergelar Raja Permaisuri Agung. Selepas 15 Tahun Inilah Kehidupannya Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Bazar Ramadan. Apa Yang Dibawa Oleh Van Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: Wanita

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *