Selepas Ditahan Dan Dikritik Kerana “Trak Pelancar Roket” Inilah Penjelasan SEBENAR Pemilik Zawara Coffee !!!

| July 20, 2016 | 0 Comments

Selepas Ditahan Dan Dikritik Kerana “Trak Pelancar Roket” Inilah Penjelasan SEBENAR Pemilik Zawara Coffee !!! | Zawara Coffee hari ini memohon maaf kepada rakyat Malaysia sekiranya gimik pengiklanannya berupa sebuah trak dilengkap pelancar roket mencetuskan keadaan panik.

13770257_1810237669206421_7507920670319853387_n

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Zawara Coffee Sdn. Bhd, Kamarul Ariff mengakui syarikat itu terlepas pandang dan berjanji mengubah bentuk fizikal trak berkenaan.

“Trak itu jika dilihat secara dekat bukan loreng tentera tetapi gambar makanan yang kita jual di Zawara. Motif itu adalah motif burger dan churos,” katanya.

Semalam, polis Sepang menahan dua lelaki yang memandu kenderaan perisai tersebut di Jalan Semarak Api, Cyberjaya, selepas ia mencetuskan kebimbangan.

Mereka dibebaskan ikat jamin semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana mengubah suai kenderaan.

Bagaimanapun, Zawara berkata pelancar roket palsu itu digunakan kerana ia melambangkan “tenaga” daripada meminum kopi.

“Sebab itu kita juga tulis ‘take a shot’, ia melambangkan kopi espresso.”

Menurut Kamarul, trak tersebut sudah digunakan selama sebulan dan diletakkan di beberapa lokasi seperti di Shah Alam dan The Curve di Damansara.

zawara_coffee

Ia dibeli secara peribadi daripada Angkatan Tentera Malaysia dan diubah pendaftaran menjadi milik awam. Kenderaan itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

Kamarul berkata, pihaknya merancang mengubahnya dengan konsep lebih sesuai seperti meletakkan burger di atas trak. Beliau mengakui ia menimbulkan panik terutama ketika isu militan melibatkan IS masih rancak.

“Kalau trak itu dikeluarkan kita akan letakkan warna lain.”

Zawara Coffee dimiliki Zawara Sdn Bhd dan mempunyai tiga cawangan di Bukit Jelutong, Bangi dan Setapak, dan kafe berkonsep di Setia Alam, Taman Tun Dr Ismail, Cyberjaya, Putrajaya, The Curve dan Damansara.

Sumber : Amazingnara.com

P.S. 1 – Pagi Raya. Aku Lafaz CERAI Isteri Di Hadapan Semua Adik Beradik Hanya Kerana AIR !!!
P.S. 2 – Terkini Bom Madinah. Inilah Tindakan 4 Polis Terhadap Pengebom Berani Mati Sebelum Mereka Syahid !!!
P.S. 3 – ”Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa AKu Yang Kena??” Wanita Ini MERAUNG Akibat Perbuatan Suami !!!
P.S. 4 – Pernah Bergelar Raja Permaisuri Agung. Selepas 15 Tahun Inilah Kehidupannya Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Bazar Ramadan. Apa Yang Dibawa Oleh Van Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *