VIRAL Disaman Kerana Tampal Sticker Dicermin Kereta. Ini JAWAPAN Polis Trafik Melaka !!!

| July 19, 2016 | 0 Comments

VIRAL Disaman Kerana Tampal Sticker Dicermin Kereta. Ini JAWAPAN Polis Trafik Melaka !!! | Kuala Lumpur: “Sticker (pelekat) yang dimaksudkan dalam saman itu adalah yang menjadikan cermin kereta gelap. Dia tampal plastik warna hitam. Bukannya pelekat seperti yang diviralkan itu,” tegas Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri Melaka, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah, mengenai salinan surat saman bertarikh 17 Julai yang viral di laman sosial.

vr.png_1468921304

Isu saman yang dikeluarkan di Merlimau, Melaka itu menjadi viral kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyaman kereta yang mempunyai pelekat seperti ‘Dilarang Merokok’, ‘Dilarang Makan’ atau pelekat kelab kereta disertai.

“Kita saman cermin gelap dan orang yang kena saman ini dia menerima saman itu. Tetapi yang memviralkan benda ini sebenarnya bukan orang kena saman. Rakan dia yang langsung tidak tahu cerita sebenar.

“Kita dah sahkan) dengan orang yang kena saman. Memang rakan dia yang buat (viralkan) saman itu dan dia tidak tahu apa-apa.

“Kita kalau pasal ‘sticker’ (pelekat) langsung tidak pernah saman, pakailah pelekat kelab kereta ke, kelab golf ke, tak pernah saman. Yang kita saman tampal plastik yang jadikan cermin gelap,” katanya ketika dihubungi.

Justeru pihaknya turut menasihati anggota yang terbabit dengan isu ini supaya membuat laporan polis.

“Benda ini sudah viral di laman sosial. Tetapi tiada aduan rasmi dikemukakan kepada pihak kami mengenai saman itu.

“Jadi saya nasihatkan orang ramai supaya jangan viralkan perkara tanpa mengetahui fakta sebenar. Dapatkan pengesahan daripada pihak polis adalah lebih baik,” katanya.

P.S. 1 – Pagi Raya. Aku Lafaz CERAI Isteri Di Hadapan Semua Adik Beradik Hanya Kerana AIR !!!
P.S. 2 – Terkini Bom Madinah. Inilah Tindakan 4 Polis Terhadap Pengebom Berani Mati Sebelum Mereka Syahid !!!
P.S. 3 – ”Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa AKu Yang Kena??” Wanita Ini MERAUNG Akibat Perbuatan Suami !!!
P.S. 4 – Pernah Bergelar Raja Permaisuri Agung. Selepas 15 Tahun Inilah Kehidupannya Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Bazar Ramadan. Apa Yang Dibawa Oleh Van Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *