Bekas Imam Jatuh Dan Meninggal Dunia Ketika Solat Jenazah.

| August 14, 2016 | 0 Comments

Bekas Imam Jatuh Dan Meninggal Dunia Ketika Solat Jenazah. | Tasek Gelugor: Bekas imam Masjid Jamek Permatang Binjai tidak sempat menghabiskan solat jenazah seorang pemuda apabila dia rebah pada takbir keempat sebelum disahkan meninggal dunia, jam 10 pagi tadi.

15ajal_1471157011

Ahmad Bidin, 78, yang juga Ahli Jawatankuasa majis berkenaan sebelum itu menguruskan jenazah seorang pemuda berusia 23 tahun yang meninggal dunia selepas koma selama tiga bulan akibat kemalangan jalan raya.

Ketika takbir pertama solat jenazah ke atas pemuda berkenaan jam 10 pagi, warga emas terbabit hampir rebah tetapi sempat dipegang jemaah lain yang menasihatkannya agar berehat.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Permatang Binjai, Ahmad Fuad Saad berkata, ketika hendak mengangkat takbir pertama, arwah hampir rebah tetapi sempat dipegang jemaah di belakang.

“Saya nasihatkannya agar berehat kerana beranggapan dia kurang sihat, namun arwah tetap meneruskan solat jenazah,” katanya di sini.

15ajal_1471157011 (1)

Bagaimanapun, Ahmad Fuad yang juga Timbalan Pengerusi masjid berkata, ketika hendak mengangkat takbir keempat, arwah rebah sekali lagi sebelum tidak sedarkan diri.

“Saya yang berada di sebelahnya tidak sempat memberi salam dan cuba membantunya yang ketika itu kelihatan sukar bernafas sebelum dibantu jemaah lain.

“Bagaimanapun, arwah menghembuskan nafas terakhir tidak lama kemudian,” katanya.

Sumber : Mymetro

P.S. 1 – Pagi Raya. Aku Lafaz CERAI Isteri Di Hadapan Semua Adik Beradik Hanya Kerana AIR !!!
P.S. 2 – Terkini Bom Madinah. Inilah Tindakan 4 Polis Terhadap Pengebom Berani Mati Sebelum Mereka Syahid !!!
P.S. 3 – ”Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa AKu Yang Kena??” Wanita Ini MERAUNG Akibat Perbuatan Suami !!!
P.S. 4 – Pernah Bergelar Raja Permaisuri Agung. Selepas 15 Tahun Inilah Kehidupannya Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Bazar Ramadan. Apa Yang Dibawa Oleh Van Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *