Isteri Bersikap ‘Big Bos’. Inilah Nasib Yang Ditanggung Lelaki Ini Sehingga TERPAKSA Menangis Dan Melutut !!!

| August 14, 2016 | 0 Comments

Isteri Bersikap ‘Big Bos’. Inilah Nasib Yang Ditanggung Lelaki Ini Sehingga TERPAKSA Menangis Dan Melutut !!! | Aku dah buntu, terbelenggu, dilemma dengan masalah ni, aku harap netizen sudi berikan jalan penyelesaian terbaik. Aku ni bukanlah seorang yang banyak bercerita dan bukan juga suka menaip menghadap laptop, tapi aku paksa diri untuk cerita kisah ni. Berlaku kat seorang kawan baik aku ni, dia bercerita kat aku sambil menangis sebab tak tahu apa yang harus dia buat setelah semua ni terjadi. Aku cerita dari awal.

hfgxh

Kawan aku ni, seorang laki, baik orangnya, memang budak surau selalu join usrah dan majlis2 agama sejak dari university lagi. Cuma satu sahaja kelemahan yang dia ada adalah sifat sayang terhadap lelaki yang memang dia tak tahu entah dari mana munculnya. Kerap kali dia nangis depan aku kenapa dia ada perasaan macam ni, kenapa dia tak macam lelaki lain yang minat perempuan. Untuk pengetahuan korang dia bukan jenis lelaki lembut atau pondan, tapi memang macam lelaki normal kalau korang tengok dari luaran dan bolehlah dikatakan ada rupa la juga. Disebabkan perasaan ni dia cuba dekatkan diri kepada Allah, minta pertolongan, dia cuba dekatkan diri dengan budak2 surau, join usrah semua, Alhamdulillah semakin baik. Jalan kat luar pun dia pakai kopiah, memang dia betul2 cuba untuk berubah. Perasaan tu dia cuba hilangkan dan memang tak pernah pun dia couple dengan mana2 lelaki, sekadar suka dan ada perasaan, itu sahaja.

Dipendekkan cerita, lepas university dia diterima masuk kerja kat salah sebuah syarikat ternama kat Malaysia disebabkan prestasi akademik dia ni boleh tahan juga. Jadi setelah stabil, dia ambil keputusan untuk berumah tangga. Digembar gemburkan dengan pelbagai cerita betapa indahnya cinta selepas nikah,dia ambil keputusan untuk berkahwin dengan seorang wanita ni yang juga dari kumpulan usrah (aku kurang pastu mcm mane prosesnya tapi yang penting dia memang tak kenal langsung perempuan tu, lepas nikah baru kenal hati budi). Pada awalnya aku tanya lah juga kau pasti ke ni tak nak kenal2 dulu dengan perempuan tu? Dia jawab dia pasti akan ketentuan Allah dan kau doakan aku bahagia nanti. Perempuan tu pulak nampak dari kalangan yang baik2, siap berniqab lagi. Sesuailah dengan dia yang siap berserban kalau ke masjid. Maka mereka pun berumah tangga. Bermulalah segalanya….

Pada awal perkahwinan, dia memang sayang gila kat wife dia, memang tahap loving couple habis. Dia betul2 yakinkan aku indahnya cinta selepasa nikah. Dikurniakan rezeki, 9 bulan kemudian terus dapat anak pertama. Memang laju je kan! Haha. Sebenarnya kawan aku ni memang jenis sayang gila kat isterinya. Semua pakaian kat rumah tu dia yang basuh, yang jemur, lipat, gosok, letak dalam almari, semua dia yang buat. Isteri langsung tak sentuh. Pastu isteri dia plak jenis tak pandai masak, jadi dialah yang ke dapur. Mula dari supermarket, beli barang, bawak balik, bersihkan, masak semua dia yang buat. Kalau rumah bersepah, semua dia yang settlekan. Allahu, aku tanya kenapa kau tak minta tolong wife ko buat sekali, kenapa kau buat semua ni? Sayang pun ada caranya juga. Dia jawab dia tak kisah buat semua ni sebab dia sayangkan isteri dia, cuma satu je yang dia minta agar jaga anak sulungnya baik2.

Isterinya ni plak bagi aku makin lama makin menjadi jadi. Memang satu bende dekat rumah tu pun dia tak buat, alasannya sebab balik kerja penat, walhal pergi dan balik kerja sama2. Kawan aku ni pernah suruh isteri dia berhenti kerja, duduk rumah, at least boleh jimat duit hantar anak ke pengasuh dan anak dapat kasih sayang seorang ibu kat rumah, dan sekurang2 nya boleh lah kemaskan rumah sikit2. Kau tahu apa isteri dia jawab, boleh…. kalau abang nak saya berhenti, bagi saya rm2000 sebulan, mampu ke? Allahu, berderau aku dengar jawapan camni. Kawan aku ni memang penyabar orangnya, dia senyap tak terkata sebab dia tahu gajinya pun tak lah tinggi mana, dengan kehidupan kat KL tu lagi memang banyak pakai duit.

Kemudian, part proses antenatal dan postnatal care (masa mengandung dan lepas bersalin). Dia ni memang sayang gila kat wife dia sampai setiap check up dekat klinik tak pernah miss sampai nurse kat klinik tu pun tabik spring dekat dia tengok tak pernah miss teman wife pergi check sama2. Tiap2 malam mase mengandung dia akan siapkan segelas susu dengan madu dan tamar untuk isteri tercintanya. Mana korang nak cari laki cmni zaman skrg ni. Lepas tu, bila dah dapat anak, satu je dia minta kat isterinya supaya menyusu anak tersebut sekurang2 nya 6 bulan (exclusive breast feeding). Tapi wife dia tak nak, katanya air susu tak nak kluar, tapi sebenarnya ada cuma memang jenis tak mahu menyusu badan sampaikan dia pernah bagitahu isterinya kalau abg yang boleh mengandung dan susukan anak ni, abg sanggup tanggung semuanya, ni sebab abg tak mampu abg merayu minta tolong sayang susukan anak. Disebabkan keengganan isterinya, dia terpaksa akur, anak dia tak sampai sebulan dah kene minum susu formula dalam botol. Yang jaga anak semua dia yang uruskan, balik kerja yang isterinya tahu terus masuk bilik, tukar baju, lepak depan tv, lepas tu tidur. Memang nampak anak dia lagi rapat dengan bapa dia berbanding ibunya. Takpe lah, dia masih reda dengan semua ni.

Lepas tu, masuk part raya pula. Disaat semua adik beradik berkumpul bwk anak bini, biasanya dah sampai kampung siapa yang gosokkan baju? Biasanya pihak isteri lah kan sebab nak tengok suami dia pakai baju melayu kemas2. Untuk dia, terbalik, kalau dia tak gosok sendiri maka pakailah baju melayu berkedut. Siap mak dia tanya mana bini kau, tak gosokkan baju ke? Terpaksalah dia buat alasan bini tak sempat. Yang paling meruntum jiwa bila dia tengah gosok baju sendiri, wife dia datang dan tanya, abg dah gosok baju sayang belum? Nanti gosokkan sekali eh. Disebabkan sayang sangat, dia gosokkan juga.

Kawan aku ni dulu masa university boleh kata aktif juga la, main futsal, olahraga semua, memang fit. Tapi selepas kahwin, hilang semuanya, makin melebar. Bukan sebab tak nak tapi isterinya memang halang seratus peratus. Kalau nak gi jogging kene ajak dia sekali tapi bila ajak complaint panas lah, rimas lah, ramai orang lah, jadi sepanjang perkahwinan itu, mereka hanya spend time duduk di rumah. Kadang2 aku kesian tengok kawan aku ni, bila dia nak sangat tengok wayang cerita yang dia minat tapi terpaksa pergi tengok sorg2 takut kantoi ngan wife, sebab isteri dia memang jenis tak suka tengok wayang. Haram katanya. Pernah skali dia ajak, terus kene ugut dengan wife nak report kat mak mertuanya sebab kluar tgk wayang tinggal isteri kat rumah. Allahu, suami kau ajak tgk wayang je pun, bukannya keluar pergi cari betina lain! Tak paham betul la aku..

Pada bulan puasa hari tu plak, korang tahu apa dia makan untuk buka puasa hari2? Disebabkan isteri tak masak dan dia tak sempat nak masak dan dia memang jenis tak gemar beli kat bazar, almost everyday makan cereal dengan susu dan tamar je. Dia cerita dekat aku yang ade sekali dia balik kerja minta isteri dia sediakan cornflakes letak dalam mangkuk, tuang susu dalam kotak kat mangkuk tu, dia tak larat, nak tidur kejap before berbuka, bila azan je, korang tahu apa jadi? Isteri dia tak buat pun, bende simple mcm tu pun tak buat punyalah malas nak layan suami, siap cakap abg tuanglah sendiri abg nak makan. Kecik hati seorang suami. Pergi la ke dapur uruskan semua sendiri. Pinggan mangkuk tak yah cite la, kalau dia tak basuh, memang berulat la dapur tu..Aku rase kalau lelaki lain dah lama cari bini kedua kalau kena layan macam ni, tapi kawan aku ni memang jenis penyabar orangnya, penyabar tahap aku sendiri pun cannot brain!!

Ade banyak lagi bende2 tragis tapi penat aku nak type smua… dipendekkan cerita, disebabkan layanan isteri dia mcm tu, perkahwinan diorg jadi hambar, mana hilangnya manis cinta selepas nikah? Yang paling tragis aku rase bila part mereka bersama, dia selalu ditolak oleh wifenya, katanya tak nak, tak suka, penatlah. Sepanjang 2 tahun kahwin, boleh kira ngn jari brapa kali je dia bersama ngan wife. Sampaikan dia pernah tanya isterinya kenapa layan abg mcm ni,  Yang isteri dia tahu hanyalah menangis.. akhirnya mulai saat itu mereka pun tak tidur sebilik. Dia tidur kat luar, bini tidur dalam bilik, memang hilang mood habis. Aku pun tak faham kenapa seorang isteri yang tahu hukum hakam selok belok agama sanggup layan suami macam tu…

Aku pernah tanya dia kenapa kau nak teruskan perkahwinan ni kalau isteri kau layan kau macam ni? Jawapan dia senang je, sebab dia fikir anak dia masih perlukan kasih seorang bapa untuk membesar dan dia tak sanggup tengok anak dia membesar dalam broken family. Dia bertahan sebab anak dia je, dia sanggup redah semua ni. Bila mengadu kat ibu dia, semua akan tunding jari kat dia balik sebab katanya terlalu manjakan bini, itulah hasilnya. Dia makin buntu jadinya. Aku sebagai kawan rapat kesian sangat kat dia. Kadang2 dia cakap dekat aku yang dia jeles tengok mcm mana laki lain dapat layanan istimewa dari seorang isteri sedangkan dia tak dapat semua tu. Dia anggap memang itu takdir hidup dia.

Disebabkan layanan isteri dia juga, lama kelamaan perasaan sayang kat lelaki yang dah lama hilang, mula berputik kembali. Selepas solat, dia menangis tanya kenapa jadi mcm ni. Mulai saat itulah dia start hilang arah tujuan, lepas tu terjumpa dengan seorang lelaki. Dia dapat kasih sayang dari lelaki tersebut, kasih sayang yang mana isteri dia tak mampu nak bagi setelah apa yang dia buat selama ini. Perasaan sayang tu makin lama makin tebal. Mula2 dapat sorok dari isterinya kemudian beberapa bulan lepas itu, semuanya terbongkar juga selepas isterinya syak ada sesuatu dengan suaminya ni. Isteri dia selongkar semua barang dia, terjumpa lah beberapa gmbr selfie dia dengan lelaki tersebut, bukannya gmbr teruk2 tak senonoh pun. Aku tak tahu la detail hubungan dia dgn lelaki tu mcm mane. Tapi disebabkan tu isteri dia pressure dia gila2 smpai la dia terconfess kat whatsapp bagitahu yang sebelum ni dia memang ada perasaan kat lelaki, tapi sejak kahwin prasaan tu dah hilang, namun muncul kembali sebab layanan isteri dia juga.. dia pun tanya balik isteri dia, apa yang awak dah buat pada saya selama ini? Ada awak jaga makan minum saya? Ada awak layan keinginan batin saya? Ada awak laksanakan tugas isteri dengan baik? Isteri dia terdiam…

Dia ingat habis kat situ je, rupa2nya isteri dia ni tak senaif yang disangka. Isteri dia screenshot whatsapp confession tersebut, dan amik gambar2 tadi hantar ke pejabat agama dan dia disabitkan kesalahan sebab jadi gay! Walhal kalau aku fikir balik, semua ni berpunca dari bini dia sendiri yang jadi big boss tak reti layan suami, yang tak tahu nak menghargai segala pengorbanan suami sendiri. Dia berduduk bila dapat tahu. Boleh kene penjara dan sebat kalau sabit kesalahan. Menangis dia depan isteri cuba nak minta untuk tarik balik. Korang tahu apa jawapan isterinya? Biar awak rase hukuman kat dunia ni. Allahu, hukuman isteri derhaka kau tak nak amik kesah plak?*kata aku dalam hati* Pujuk punya pujuk, isteri dia cakap ape taw.. ok boleh nak tarik balik, esok pagi awak bank in rm5000 cash dalam bank saya. Mendengar kata isteri, dia pergi berhutang, pastu terus bank in dan sekarang tiap2 bulan dia kene bayar untuk langsaikan hutang tersebut. Tak habis kat situ, dia dan isteri still kene pergi ke pejabat agama untuk proses pendamaian, kat sini aku kesian lagi kat dia, sebab parents kedua2 belah terpaksa hadir. Disebabkan takut sangat mengecewakan kedua ibu bapa, dia wakilkan dengan abangnya. Korang tahu semua yang hadir time tu caci maki hamun dia dan abg dia datang2 terus tumbuk 5 kali. Habis lebam2. Mashaallah berat sekali dugaan kau sahabat, masa dia cerita ni depan aku…dengan aku2 sekali bergenang air mata.

Sekarang tiap2 malam dia kene hadir ke masjid untuk dengar ceramah, siap ade attendance yang akan ditanda oleh imam. Setiap gerak geri dia kene inform isteri dia nak pergi ke mana. Aku kesian sangat dengan nasib kehidupan dia. Dah la malu gila sebab bende ni dah tersebar kat seluruh ahli keluarga kedua2 belah pihak. Dan kau tahu apa isteri dia cakap.. aku tak kan biarkan kau lepaskan aku tapi selagi bersama sebagai suami isteri aku takkan biarkan kau sentuh aku lagi, jijik, kau kotor, aku akan biarkan batin kau terseksa. *dalam hati aku, untuk apa kau nak teruskan kalau dah tahu memang tak boleh bersama?.. aku dengan kawan aku ni, memang kawan baik sejak dari sekolah lagi, tapi korang jangan risau aku masih normal straight, kawan aku ni sejak dari sekolah lagi aku kesian dengan dia disebabkan masalah keluarga, nanti la kalau rajin next time aku cerita.. memang kalau fikir tak patut dia bukak hal rumah tangga dia kat aku tapi korang kene faham dia dah takde tempat dah nak luahkan segala isi hati selain kat aku. Aku yang masih bujang ni bila dengar cite2 mcm ni memang seram nak mendirikan rumah tangga, memang akan ku kenal dulu hati budi seorang wanita tu sebelum bernikah. Sekarang ni aku buntu macam mane nak tolong kawan aku yang tersepit tu, dia dah rase kehilangan semuanya, asyik fikir nak bunuh diri, aku je yang dok selalu contact tenangkan diri dia.. Apa yang patut dia buat skrg? Sebab dalam hati dia dah takde rase cinta pada isterinya tapi dia terikat dengan syarat yang kemukakan oleh isterinya atas kesalahan besar dia lakukan iaitu tak boleh ceraikan selama 3 tahun. Skrg mereka serumah tapi tak bertegur sapa, mcm orang asing. Aku tak tahu macam mana nak tolong lagi.

Sumber : IIUMC

P.S. 1 – Pagi Raya. Aku Lafaz CERAI Isteri Di Hadapan Semua Adik Beradik Hanya Kerana AIR !!!
P.S. 2 – Terkini Bom Madinah. Inilah Tindakan 4 Polis Terhadap Pengebom Berani Mati Sebelum Mereka Syahid !!!
P.S. 3 – ”Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa AKu Yang Kena??” Wanita Ini MERAUNG Akibat Perbuatan Suami !!!
P.S. 4 – Pernah Bergelar Raja Permaisuri Agung. Selepas 15 Tahun Inilah Kehidupannya Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Bazar Ramadan. Apa Yang Dibawa Oleh Van Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Lelaki

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *