Isteri Sakit² Sebab Nak Bersalin. “Sayang Dah Ready Ke Nak Mati? ” Pertanyaan Ini Buat Isteri Aku SENTAP Namun HIKMAHNYA…

| August 8, 2016 | 0 Comments

Isteri Sakit² Sebab Nak Bersalin. “Sayang Dah Ready Ke Nak Mati? ” Pertanyaan Ini Buat Isteri Aku SENTAP Namun HIKMAHNYA… | Hari ni isteri saya dah mula sakit-sakit. Macam dah tak lama je lagi nak bersalin. Umur baby pun dah masuk 38 minggu dah kan. Walaupun dah handle beratus orang bersalin sebelum ni tapi bila isteri saya sendiri yang nak bersalin saya tetap berdebar-debar.

sfsfs

Hari tu saya pernah tanya isteri saya ni ” sayang dah ready ke nak hadapi kematian? “. Mula-mula dia merajuk sangat-sangat dengan saya. Maybe pertanyaan saya salah. Terlalu sentap agaknya tapi niat saya nak isteri bersiap sedia je. Walaupun kematian ibu yang disebabkan oleh mengandung dan melahirkan ( Maternal Mortality Rate ) dah menurun drastik daripada 540 kematian dalam 100 000 kelahiran pada tahun 1950 kepada cuma 26 kematian dalam 100 000 kelahiran pada tahun 2010 kerana ramai yang dah makin sedar kepentingan pemantauan pihak hospital sebelum dan selepas kelahiran tapi kemungkinan untuk terjadi kematian ketika proses melahirkan nanti tetap ada kan.

Saya tahu saya salah tapi jauh dalam hati saya ni cuak sebenarnya bila isteri nak bersalin nanti. Bayangkan seorang perempuan yang nak bersalin akan hadapi risiko mati tiba-tiba walaupun pada mulanya takde masalah apa pun. Antara komplikasi yang boleh terjadi pada perempuan bersalin :

+ Perdarahan (haemorrhage) atau biasa orang kita panggil tumpah darah. Perdarahan selepas bersalin yang lebih daripada 500 ml dah dikira pendarahan yang tak normal dan berisiko menyebabkan kematian. Kalau korang nak tahu orang tumpah darah ni darah keluar mengalir macam air paip! Benda ni boleh terjadi tiba-tiba je sebab tu saya rayu sangat jangan la percaya sangat dengan teori bahawa bersalin kat rumah lebih selamat. Kalau tiba-tiba isteri kita tumpah darah kita nak buat apa kalau beranak kat rumah?

+ Masalah dengan uri ( plasenta ). Macam-macam komplikasi boleh terjadi. Boleh jadi uri tu tertanam dalam sangat sampaikan masa nak keluar nanti uri tu tak boleh keluar sendiri. Kena ada campurtangan kepakaran manusia untuk keluarkannya. Boleh jadi uri tu nanti terkoyak dan tertinggal kat dalam rahim dan macam-macam lagi.

+ Darah beku ( blood clot ) pun boleh menyebabkan kematian tiba-tiba. Darah beku yang terjadi kat kaki pun boleh masuk ke dalam paru-paru secara mengejut (pulmonary embolism) macam kes tergempar yang pernah terjadi pada Julia Fransiska Maketey di Manado, Indonesia. Arwah mati tiba-tiba tanpa sebab. Bila buat bedah siasat baru la tahu penyebab kematiannya adalah ada darah beku masuk ke paru-parunya ketika proses bersalin.

Saya taknak isteri berdepan dengan semua risiko ni tanpa bekal amal. Saya tahu kematian ni permulaan sebuah kehidupan baru sebenarnya. Banyak lagi kita nak kena lalui selepas kematian. Lepas kematian pertama sekali kita akan lalui satu zaman yang sangat panjang dan melelahkan yang dinamakan alam kubur. Ada sorang ustaz pernah bagitahu setiap orang akan merasai himpitan lubang kubur. Tengok amal masing-masing, ada yang kena himpit sikit je. Ada yang kena himpit sampai berselisih tulang rusuk kiri dan kanan. Dah tu takkan saya nak isteri saya lalui semua tu tanpa bekal pahala untuk elak seksa kubur semua tu kan?

Lepas alam kubur semua manusia akan dibangkitkan daripada kubur masing-masing. Dalam Hadis ada kata kita akan dibangkitkan daripada tulang ekor kita kembali. Dalam bahasa arab disebut ‘ajbudz dzanab atau dalam bahasa Sains kita sebut tulang coccyx. Kat situ nanti manusia akan berkeliaran tanpa arah tujuan dengan banjir peluh dan kepanasan matahari yang membahang. Takkan saya nak isteri saya lalui semua tu tanpa bawa bekal pahala kan? Sebenarnya prosesnya masih sangat panjang. Cukup la korang tahu lepas tu kita akan dihisab dan dinilai. Selepas tu kita akan hadapi titian sirat panjang dan memenatkan dan pengakhiran perjalanan kita samada syurga atau neraka.

Isteri kita ni amanah tau. Setiap suami akan ditanya tentang tanggungjawab terhadap isterinya samada dah langsai ke belum. Jangan ingat akad nikah tu lafaz kat mulut je. Lafaz akad nikah yang 10 saat tu sebenarnya bermakna kita sanggup nak bersusah payah dan bersama sama si dia di dunia sampai la di akhirat sana. Sebab tu kita kena hargai sangat-sangat amanah yang bernama isteri ni. Dia la yang sambung tali pewaris kita. Dia la yang sanggup berdepan dengan risiko kematian asalkan suaminya gembira. Dia la yang sanggup hadapi kesakitan proses bersalin walaupun ianya antara kesakitan yang paling dasyat yang tak sanggup ditanggung oleh insan bergelar lelaki. Kepada yang dah rasa hambar dalam pergaulan rumahtangga. Ingatlah, isterimu mencintaimu melebihi cintanya terhadap nyawanya sendiri.

P/S : Saya Taufiq Razif bukan ustaz tau. Jika ada info dan ilmu di dalam ni yang bertentangan dengan Al Quran dan Hadis sila tegur saya. InsyaAllah melalui kefahaman yang saya ada, takde kesalahan. Sila share info ni pada pasangan masing-masing ye. Mana tahu cinta pasangan jadi makin mekar kan.Saya mohon juga sesiapa yang baca tulisan saya ni doakan persalinan isteri saya nanti dimudahkan oleh Allah. Semoga kita semua makin sayang isteri ye.hehe

P.S. 1 – Pagi Raya. Aku Lafaz CERAI Isteri Di Hadapan Semua Adik Beradik Hanya Kerana AIR !!!
P.S. 2 – Terkini Bom Madinah. Inilah Tindakan 4 Polis Terhadap Pengebom Berani Mati Sebelum Mereka Syahid !!!
P.S. 3 – ”Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa AKu Yang Kena??” Wanita Ini MERAUNG Akibat Perbuatan Suami !!!
P.S. 4 – Pernah Bergelar Raja Permaisuri Agung. Selepas 15 Tahun Inilah Kehidupannya Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Bazar Ramadan. Apa Yang Dibawa Oleh Van Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kesihatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *