TERGAMAKNYA….. Kanak² Ini Ditinggalkan Dalam Kotak Di Tepi Jalan !!!

| August 18, 2016 | 0 Comments

TERGAMAKNYA….. Kanak² Ini Ditinggalkan Dalam Kotak Di Tepi Jalan !!! | Ipoh: Polis mengesan waris seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua tahun yang ditinggalkan dalam kotak di tepi Jalan Ampang Baru 6, Ampang Baru di sini, pada 30 Julai lalu.

19gamak_1471486980

Kanak-kanak malang terbabit kini kritikal dan dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, untuk rawatan dan difahamkan mangsa mengalami pendarahan otak.

Jurucakap Bahagian Siasatan Seksual/Keganasan Rumahtangga/Penderaan Kanak-Kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh Asisten Superintendan Kamariah Jamaludin, kanak-kanak terbabit ditinggalkan di jalan berkenaan kira-kira jam 1.30 tengah hari sebelum ditemui orang awam yang kemudian memaklumkan kepada pihak polis.

“Pada 30 Julai lalu seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua tahun ditemui dalam kotak dan ditinggalkan di tepi Jalan Ampang Baru 6, Ampang Baru di sini dan kini ditempatkan di PICU HRPB.

“Sehubungan itu polis ingin memohon bantuan orang ramai mengesan waris kanak-kanak berkenaan atau saksi yang mengetahui mengenai kanak-kanak itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah D11 Asisten Superintendan Kamariah Jamaludin di talian 016-5249091 atau 05-2451628/1629.

Sumber : Mymetro

P.S. 1 – Peguam Ini Dedah CARA² Tuntut Hutang Kawan² Dan Saudara Mara Guna Mahkamah Yang Ramai Orang TAK TAHU !!!
P.S. 2 – Bayi ‘Muncul’ Sebelah Ibu Yang Meninggal Dunia. Ustazah Ini Kongsi Pengalaman Urus Jenazah Wanita Digilis Lori !!!
P.S. 3 – Anak ‘Hilang’ Ketika Tarawih. Wanita Ini TERKEJUT Bila Anaknya Bersama Wanita Berpakaian Serba Hitam !!!
P.S. 4 – Dari Mana Punca Air Sungai. Lelaki Ni Dedah Teori Yang Buat Ramai Kata WOW !!!
P.S. 5 – Khairul Idham Menang Perlumbaan. Inilah Luahan KECEWA Bapanya Dengan Apa Mereka Tanggung Yang Ramai TAK TAHU !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *