Tunggu Isteri Bersalin. Lelaki Ini TERGAMAM Bila Dibawa Masuk Ke Bilik Bedah Dan Buat Doktor Jadi BERSALAH !!!

| August 14, 2016 | 0 Comments

Tunggu Isteri Bersalin. Lelaki Ini TERGAMAM Bila Dibawa Masuk Ke Bilik Bedah Dan Buat Doktor Jadi BERSALAH !!! | Shenyang (China): Seorang lelaki yang menunggu isterinya melahirkan anak di sebuah hospital di sini secara tidak sengaja dibawa ke dewan bedah dan menjalani satu pembedahan membuang buasir.

rfesf

Lelaki yang dikenali sebagai Wang, 29, itu dilaporkan sedang menunggu isterinya yang melahirkan anak secara pembedahan di sebuah hospital di sini pada Isnin lalu.

Beberapa doktor kemudiannya menemui Wang dan mengarahkan lelaki itu mengikutnya ke dewan bedah.

Wang menyangka dia dibawa ke dewan bedah untuk melihat isterinya dan terus mengikut doktor berkenaan tanpa sebarang persoalan.

Kata Wang, apabila masuk ke dewan bedah dia melihat isterinya tiada di situ, tetapi dia diarahkan membuka seluar dan baring di atas katil pembedahan.

“Saya berasa pelik dan bertanya kepada doktor mengapa saya perlu membuka seluar dan berbaring di atas katil pembedahan.

“Namun, seorang doktor berkata, ”Ikut sahaja apa yang kami arahkan.”

Katanya, tidak lama selepas itu doktor memasukkan ubat bius menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

“Apabila saya bangun, doktor memberitahu saya baru sahaja menjalani pembedahan membuang buasir.

“Saya sangat terkejut kerana saya tiada buasir,” jelasnya.

Selepas menyedari kesilapan itu, pihak hospital meminta maaf dan memberitahu kesalahan itu berlaku apabila doktor terkeliru dengan seorang pesakit yang menunggu untuk menjalani pembedahan membuang buasir.

13hmhemor.jpg_1471035854

Hospital itu juga dilaporkan menawarkan wang tunai 5,000 yuan (RM3,028) kepada Wang sebagai pampasan. – Agensi

P.S. 1 – Pagi Raya. Aku Lafaz CERAI Isteri Di Hadapan Semua Adik Beradik Hanya Kerana AIR !!!
P.S. 2 – Terkini Bom Madinah. Inilah Tindakan 4 Polis Terhadap Pengebom Berani Mati Sebelum Mereka Syahid !!!
P.S. 3 – ”Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa AKu Yang Kena??” Wanita Ini MERAUNG Akibat Perbuatan Suami !!!
P.S. 4 – Pernah Bergelar Raja Permaisuri Agung. Selepas 15 Tahun Inilah Kehidupannya Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Bazar Ramadan. Apa Yang Dibawa Oleh Van Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *