Nyaris DITIPU. Mula² Suruh Supply Nasi, Selepas Itu TERBONGKAR Modus Operandi Scammer Ini !!!

| October 25, 2016 | 0 Comments

Nyaris DITIPU. Mula² Suruh Supply Nasi, Selepas Itu TERBONGKAR Modus Operandi Scammer Ini !!! | “Rambut sama hitam, hati lain-lain”. Tidak semua orang berniat baik dan jujur, sebab itu kita tidak boleh sewenangnya mempercayai orang tidak dikenali, terutamanya ketika menjalankan urusan yang melibatkan wang. Penipu profesional wujud dimana-mana, kadang-kadang modus operandi mereka tidak boleh dibaca. Justeru, kita yang harus lebih peka dan berhati-hati.

untitled

Contohnya insiden yang baru menimpa wanita yang mengusahakan perniagaan makanan ini. Hampir ditipu berpuluh ribu ringgit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ayuh baca modus operandi yang digunakan oleh scammer tersebut. Beringat sebelum kena! Moga kita semua dijauhkan dengan penipuan seperti ini.

Lakonan Depan Mata…

3, 4 hari lepas akak dapat offer… Supply nasi 100 bungkus sehari selama 6 bulan. Satu kepala dia kira RM 12 termasuk air. Sounds good kan… Kalau betul, Alhamdulillah, rezeki…

Hari ni, konon-konon bos nombor 1 nak jumpa akak bincang pasal agreement semua. Lepas semua berbincang… Okey dia setuju bayar deposit RM 72K dalam masa seminggu ni. Duit makan sebulan, deposit sebulan. Dalam masa yg sama, deme ada deal satu jualan tanah… Tuan tanah nak pakai duit. Bapa mertua sakit, urgent. Nak RM 400K. Harga tanah tu… RM 800K.

Depan akak, bos nombor 1 bagi cash RM 30K. Suruh bagi deposit kat tuan tanah. And cepat-cepat pergi, konon ada urusan nak cepat pergi Singapore, so tak boleh diganggu. Lepas berbincang-bincang dengan bos nombor 2 tuan tanah tu tetap nakkan RM 400K hari ni jugak… Bos nombor 2 cakap dia hanya ada cash RM 200K saja, and RM 200K lagi dia tengah usahakan… Tetiba minta kat akak pulak… Eh, apa kena-mengena akak dengan urusan jual beli tanah deme?

Dia kata nanti dia akan bagi komisyen kat akak… Sebab tanah tu nanti akan jual balik RM 1.2 juta.. Dia minta akak bantu dulu RM 10K atau 20K… Akak cakap, akak duit takde. Air liur

Modus Operandi Scammer

Gagal memujuk akak… Walaupun dah bagi akak minum air ntah apa. Sebab jumpa kat McD tapi air bawa dari luar… Hahahaha. Lepas jumpa, lelaki cina tu call tanya pasal RM 10K. Akak cakap takde. Perempuan yang nak order nasi tu dah off HP… Memang sahlah kaki scammer.

6 orang terlibat
1) Tukang order nasi
2) Manager – cina
3) Assistant manager
4) Bos nombor 1 -cina
5) Tuan tanah
6) Driver – melayu berkopiah

Nasib baik akak tak pakai apa-apa barang kemas, tak bawa duit tak bawa kad bank… Syukurlah takde apa-apa jadi kat akak. Sebelum keluar baca ayat qursi banyak-banyak. Sebab akak risau dipukau. Rupanya ramai yang dah terkena. Ramai yang PM akak. Modus operandi yang sama…. Terima kasih lah Saidila Abdul Rahman dengan Suhaidi Jairisemalam ingatkan akak. Meh peluk sikit.

Penipuan Sudah Dirancang…

14713690_1425080360854658_4183616953683707717_n

Akak sempat snap pic makcik ni jer… Makcik ni lah yg hari-hari call deal pasal nasi tu. Menurut kata pakcik yang akak suruh follow akak senyap-senyap masa akak pegi deal tu, dia nampak semua yang datang tu turun dari Hotel Aston, Nilai. Deme berkampung kat situ rupanya…

Sumber: Norlaila Dlaila Dlaila

Kredit To OHBULAN!

P.S. 1 – Pagi Raya. Aku Lafaz CERAI Isteri Di Hadapan Semua Adik Beradik Hanya Kerana AIR !!!
P.S. 2 – Terkini Bom Madinah. Inilah Tindakan 4 Polis Terhadap Pengebom Berani Mati Sebelum Mereka Syahid !!!
P.S. 3 – ”Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa AKu Yang Kena??” Wanita Ini MERAUNG Akibat Perbuatan Suami !!!
P.S. 4 – Pernah Bergelar Raja Permaisuri Agung. Selepas 15 Tahun Inilah Kehidupannya Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Bazar Ramadan. Apa Yang Dibawa Oleh Van Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!

Tags: , , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *