VIRAL Daging Ular Untuk Buat Sambal Ikan Nasi Kerabu. Pengarah Syarikat Tampil Dedahkan Perkara SEBENAR !!!

| October 6, 2016 | 0 Comments

VIRAL Daging Ular Untuk Buat Sambal Ikan Nasi Kerabu. Pengarah Syarikat Tampil Dedahkan Perkara SEBENAR !!! | Kota Bharu: Tiada langsung daging ular sawa yang digunakan untuk membuat sambal ikan nasi kerabu segera dari Thailand, sebaliknya produk itu diproses sepenuhnya daripada campuran tiga jenis ikan segar.

PEMBEKAL sambal ikan dari Pattani untuk Kedai Nasi Kerabu Golok, Ibrahim Wan Ahmad, 54, dan isterinya, Khuzaimah Abd Rashid, 49, menunjukkan produk halalnya yang didakwa guna daging biawak atau ular selepas mengadakan sidang akhbar di Restoran Hayaki, Jalan Seri Cemerlang, Kota Bharu. FOTO Zaman Huri Isa

Ikan berkenaan adalah ikan kembung, selar kuning dan selayang.

Pengarah Urusan Syarikat Budu Him Kampung Pasir Jawa Saiburi, Pattani, Ibrahim Wan Ahmad berkata, sekurang-kurangnya 10,000 tan ikan itu digunakan sehari untuk membuat sambal ikan segera berkenaan.

“Memang 100 peratus ikan tiga jenis itu dan tiada bahan lain sebagai tambahan rasa. Lagipun kilang saya akan diperiksa setiap dua kali setahun oleh Majlis Agama Islam Pusat, Thailand untuk nilai kebersihan dan kehalalan produk.

“Kami juga mempunyai 30 pekerja yang semuanya beragama Islam. Produk juga dieksport ke Mesir, Jordan dan Turki, semuanya diiktiraf halal oleh pihak berkuasa Thailand.

“Takkan kami merosakkannya dengan campuran bahan diragui? Saya sangat terkejut mengetahui viral begitu dan ia telah memberi kesan serius kepada operasi syarikat,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Ibrahim berkata, perniagaannya yang diusahakan sejak 20 tahun lalu merosot hampir 40 peratus sejak viral itu dengan hasil jualan sekadar RM100,000 berbanding RM300,000 sebulan sebelum ini.

Beliau juga tidak berhasrat mengambil tindakan undang-undang susulan viral terbabit, sebaliknya mahu menjemput semua media di negara ini melawat kilang pengeluarannya di Pattani.

“Biar media nilai sendiri dan lihat bagaimana kami memproses produk kami selama ini, serta terangkannya kepada masyarakat. Saya akan buat (lawatan) dalam masa terdekat ini,” katanya yang turut mengeluarkan produk budu.

Sebelum ini viral di laman sosial mengenai daging ular sawa uang digunakan untuk membuat sambal ikan nasi kerabu segera.

1 2 3 4 5 7 8

P.S. 1 – Pagi Raya. Aku Lafaz CERAI Isteri Di Hadapan Semua Adik Beradik Hanya Kerana AIR !!!
P.S. 2 – Terkini Bom Madinah. Inilah Tindakan 4 Polis Terhadap Pengebom Berani Mati Sebelum Mereka Syahid !!!
P.S. 3 – ”Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa AKu Yang Kena??” Wanita Ini MERAUNG Akibat Perbuatan Suami !!!
P.S. 4 – Pernah Bergelar Raja Permaisuri Agung. Selepas 15 Tahun Inilah Kehidupannya Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Bazar Ramadan. Apa Yang Dibawa Oleh Van Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *