Apabila Isteri Suruh Pilih Gegar Vaganza Atau Final Piala Malaysia? Inilah Tindakkan Seorang Lelaki Hingga Jadi VIRAL !!!

| November 1, 2016 | 0 Comments

Apabila Isteri Suruh Pilih Gegar Vaganza Atau Final Piala Malaysia? Inilah Tindakkan Seorang Lelaki Hingga Jadi VIRAL !!! | Bagi peminat bola sepak terutamanya kaum lelaki, aksi final Piala Malaysia antara pasukan Kedah menentang Selangor yang berlangsung baru-baru ini di Stadium Shah Alam pastinya detik yang ditunggu-tunggu.

gv-final

Namun, bayangkan apabila si suami terpaksa memilih antara bola sepak dan isteri? Ia mungkin sesuatu yang sukar untuk mereka membuat keputusan kerana dalam masa yang sama si suami pasti tidak mahu mengecewakan hati orang tersayang.

Sekeping foto dikongsi pengguna Twitter IZZ.KAMIL (@izzkamilhalda) memaparkan seorang lelaki dipercayai seorang suami sedang menonton perlawanan akhir Piala Malaysia pada konsert Gegar Vaganza (GV) minggu ketiga mencuri perhatian ramai pengguna media sosial.

Lelaki tersebut yang sepatutnya berada di Stadium Shah Alam bagi menonton perlawanan antara pasukan hijau kuning dan Red Giants sebaliknya berada di tengah-tengah ribuan penonton yang hadir untuk memberi sokongan kepada artis kegemaran masing-masing pada konsert yang berlangsung di Dewan MBSA, Shah Alam, baru-baru ini.

izz-kamil

Berdasarkan foto mencuit hati itu, lelaki terbabit kelihatan sedang fokus menyaksikan perlawanan bola sepak menerusi telefon bimbitnya, selain kelihatan dia memakai penutup kepala berwarna hijau, kuning dan merah.

Namun, tidak dapat dipastikan sokongan diberikan kepada pasukan mana memandangkan penutup kepala lelaki itu mempunyai warna mewakili semua pasukan – hijau kuning (Kedah) dan merah kuning (Selangor).

When football is life, tapi bini paksa tengok Gegarvaganza,” tulis pengguna Twitter itu bersama hashtag #GegarVaganza dan #KedahVSSelangor, yang dipercayai turut sama hadir bagi menyaksikan konsert ketiga GV musim ketiga.

Sehingga kini gambar tersebut telah di ‘retweet’ lebih 5,000 pengguna Twitter dan mendapat ‘likes’ sebanyak 1,400.

Lebih melucukan, gambar tersebut turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin apabila beliau turut ‘retweet’ pada akaun Twitternya.

Rata-rata pengguna media sosial seolah geli hati melihat situasi tersebut, selain menyatakan lelaki itu lebih memilih isteri berbanding bola sepak.

“Sayang bini lagi penting dr tengok bola!,” tulis pengguna Twitter @izzkamilhalda.

hgfh

Sementara seorang pengguna Twitter secara berseloroh berkata: “@izzkamilhalda nasib tak jerit masa gol hahahaha. Ke brader ni jerit.”

twet

Dalam pada itu, pasukan Kedah malam tadi berjaya meraih kejuaraan Piala Malaysia buat kali kelima apabila menewaskan juara bertahan Selangor 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti.

Tahniah Kedah, pulun Kedah pulun!

Sumber : Malaysiandigest

P.S. 1 – Pagi Raya. Aku Lafaz CERAI Isteri Di Hadapan Semua Adik Beradik Hanya Kerana AIR !!!
P.S. 2 – Terkini Bom Madinah. Inilah Tindakan 4 Polis Terhadap Pengebom Berani Mati Sebelum Mereka Syahid !!!
P.S. 3 – ”Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa AKu Yang Kena??” Wanita Ini MERAUNG Akibat Perbuatan Suami !!!
P.S. 4 – Pernah Bergelar Raja Permaisuri Agung. Selepas 15 Tahun Inilah Kehidupannya Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Bazar Ramadan. Apa Yang Dibawa Oleh Van Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Hiburan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *