Empat Lebuh Raya Berhak NAIK KADAR TOL Tahun Depan !!!

| November 1, 2016 | 0 Comments

Empat Lebuh Raya Berhak NAIK KADAR TOL Tahun Depan !!! | KUALA LUMPUR: Selaras perjanjian konsesi, empat lebuh raya berhak menerima kenaikan kadar tol, menjelang tahun depan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

fbfghfg

Beliau berkata, ia merangkumi Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

“Anggaran jumlah pampasan tol pada tahun 2017 bagi empat lebuh raya berkenaan adalah RM59.77 juta,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan), di Dewan Rakyat, hari ini.

Guan Eng bertanyakan hasil perbincangan kerajaan dengan 12 syarikat konsesi yang akan dinaikkan tol tahun depan, selain jumlah pampasan kepada syarikat terbabit jika tindakan itu tidak dilaksanakan.

Ahli Parlimen Bagan itu turut meminta penjelasan mengapa tol di semua Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tidak dimansuhkan walaupun syarikat konsesi mendapat pulangan kos pelaburan membina dan menyelenggara.

Fadillah berkata perjanjian konsesi asal Lebuhraya PLUS yang dimeterai pada 1988 sepatutnya tamat pada 2018. Bagaimanapun, katanya, ia terpaksa ditangguhkan berikutan tiga penstrukturan semula kadar tol Lebuhraya PLUS yang dilaksana kerajaan pada 1999, 2002 dan 2011.

“Selepas penyelarasan, semua konsesi tol lebuh raya di bawah syarikat PLUS Berhad, termasuk Lebuhraya Utara Selatan akan berakhir pada 31 Disember 2038,” katanya.

Sumber : Berita Harian

P.S. 1 – Pagi Raya. Aku Lafaz CERAI Isteri Di Hadapan Semua Adik Beradik Hanya Kerana AIR !!!
P.S. 2 – Terkini Bom Madinah. Inilah Tindakan 4 Polis Terhadap Pengebom Berani Mati Sebelum Mereka Syahid !!!
P.S. 3 – ”Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa AKu Yang Kena??” Wanita Ini MERAUNG Akibat Perbuatan Suami !!!
P.S. 4 – Pernah Bergelar Raja Permaisuri Agung. Selepas 15 Tahun Inilah Kehidupannya Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Bazar Ramadan. Apa Yang Dibawa Oleh Van Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *