Masih Ingat Video VIRAL Penguin MENGAMUK Sebab ‘Isteri’ Curang? Insiden Ini Mencetuskan Pelbagai EMOSI Netizen !!!

| November 7, 2016 | 0 Comments

Masih Ingat Video VIRAL Penguin MENGAMUK Sebab ‘Isteri’ Curang? Insiden Ini Mencetuskan Pelbagai EMOSI Netizen !!! | KISAH pergaduhan tragik membabitkan dua ekor penguin jantan yang dikatakan saling bergaduh selepas ‘sang suami’ yang baharu pulang mencari ‘rezeki’ berang melihat ‘si isteri’ bersama dengan penguin jantan lain telah mencuri tumpuan ramai pengguna media sosial.

gdfgg

Rakaman yang disiarkan National Geographic pada Sabtu lalu bukan sahaja menimbulkan rasa geli hati segelintir pengguna media sosial, malah insiden tersebut turut mencetuskan rasa emosi segelintir netizen apabila mereka secara sinis dilihat menggaitkan percintaan tragik haiwan itu dengan masyarakat sekeliling.

Menerusi laman Twitter, kata kunci ‘penguin curang’ dan hashtag ‘penguin fight’ digunakan netizen di seluruh dunia termasuk di Malaysia untuk meluahkan rasa ‘geram’ dan sakit hati terhadap perbuatan individu curang.

“Sedinya… haiwan yang tidak berakal pun boleh curang. Kepada manusia yang curang, kau sama je macam penguin,” tulis pengguna Twitter Abang Aiman ‏@aimansalim_ .

“Penguin pun boleh curang, inikan pula pakwe (teman lelaki) kau yang kau yakin cinta dia takkan berubah tu,” tambah Alexsha Turner ‏@shasharyzal.

_danialhaiman ‏@DaniHaiman menulis: “Penguin sebagai binatang pun pandai marah bila tengok pasangan dia curang inikan pula manusia yang ada beribu perasaan.”

Sementara Hafiz Kenny ‏@hafizkenny berkata: “Penguin jantan tu sampai berdarah muka sebab wife (isteri) dia curang dengan dia #RelationshipGoals.”

“Ingatkan manusia je yang pandai bab curang ni rupanya penguin pun pandai juga,” ujar MF ‏@Ewan_Shahad.

1 2

Bagaimanapun, netizen berpendapat haiwan tersebut bergaduh bukan disebabkan ‘si isteri’ curang, sebaliknya kerana hal lain.

“Sekali rupa-rupanya penguin tu gaduh atas sebab-sebab lain, narrator tu yang lebih-lebih buat ayat kata bini curang. #mediacontroleverything,” tulis pengguna Twitter mat chulsssss ‏@ameerulaffiq .

Menurut portal tersebut, insiden pergaduhan kedua penguin jantan itu bermula apabila ‘si suami’ yang pulang ke sarang mendapati ‘si isteri’ bersama penguin jantan lain mengakibatkan ‘si suami’ naik angin dan terus menerkam ‘skandal’ ‘si isteri’.

Kedua-dua penguin jantan itu memukul satu sama lain mengakibatkan masing-masing berlumuran darah. Bagaimanapun, ‘skandal’ si isteri dilihat tidak mahu meneruskan pergaduhan itu dan pulang ke sarang, namun si suami mengekorinya sehingga menyebabkan sekali lagi berlaku pergaduhan.

Bagaimanapun, hubungan kedua pasangan penguin itu dikatakan ‘berakhir’ apabila si isteri lebih memilih skandal berbanding si suami, lapor portal tersebut.

Memetik portal tersebut lagi, bagi sesetengah spesis, tempoh mengawan hanya berlaku dalam tempoh yang singkat iaitu selama tiga minggu bermula pada akhir Oktober.

Malah, bagi spesis penguin, haiwan tersebut terkenal dengan sifat setia kepada pasangan mereka, di mana 72 peratus daripada penguin akan kembali mengawan dengan pasangan yang sama seperti tahun sebelumnya.

Sumber : MalaysianDigest

P.S. 1 – Pagi Raya. Aku Lafaz CERAI Isteri Di Hadapan Semua Adik Beradik Hanya Kerana AIR !!!
P.S. 2 – Terkini Bom Madinah. Inilah Tindakan 4 Polis Terhadap Pengebom Berani Mati Sebelum Mereka Syahid !!!
P.S. 3 – ”Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa AKu Yang Kena??” Wanita Ini MERAUNG Akibat Perbuatan Suami !!!
P.S. 4 – Pernah Bergelar Raja Permaisuri Agung. Selepas 15 Tahun Inilah Kehidupannya Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Bazar Ramadan. Apa Yang Dibawa Oleh Van Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *