Apa Yang Lelaki Ini Jual Untuk Bayar Hutang Perubatan Isteri Yang Telah Pergi Buat Ramai TERSENTUH !!!

| January 5, 2017 | 0 Comments

Apa Yang Lelaki Ini Jual Untuk Bayar Hutang Perubatan Isteri Yang Telah Pergi Buat Ramai TERSENTUH !!! | Mereka berjanji untuk hidup bersama di masa susah dan senang sehingga ke nafas terakhir, tetapi penyakit kanser meragut nyawa isterinya. Kini suami yang berumur itu bekerja keras untuk membayar bil perubatan isterinya yang telah pergi.

Kisah ini dikongsikan oleh Jessica Pittman dari wilayah Mississippi, Amerika Syarikat, melalui akaun Facebooknya.

“Sekiranya anda memerlukan bongkah kayu api, belilah daripada lelaki berusia 80 tahun yang berhati mulia ini,” tulis Pittman.

Sebelum ini, Kenneth Smith hidup bahagia dengan isteri beliau Helen. Tetapi kemudiannya mereka terpaksa  berdepan dengan penyakit kanser yang dihidapi Helen. Helen tewas di dalam pertarungan tersebut, meninggalkan lompang yang besar dalam hidup Smith dan juga baki kos perubatan yang tinggi.

Untuk membayar semula bil-bil perubatan tertunggak itu, Smith terpaksa menjual bongkah kayu api pada harga $5 sepaket. Beliau boleh dilihat berdiri di jalanan menunggu mana-mana pejalan kaki atau pengguna jalan raya untuk berhenti membeli barang jualan beliau.

Pittman juga turut menulis tentang perwatakan Smith yang ikhlas dan mulia:

“Dia [Smith] melambai kepada setiap kereta yang menyelusuri jalan tersebut. Pada hari Jumaat lalu, saya berada berhampiran sebuah papan tanda berhenti sewaktu satu perarakan pengebumian sedang berlalu. Saya lihat Smith berdiri tegak dan meletakkan topi di atas hatinya sebagai tanda penghormatan. Hatinya sangat mulia.”

Hebahan Pittman di Facebook tersebut telah dikongsikan lebih 9 000 pengguna akaun Facebook yang lain dan juga telah berjaya memberikan bantuan yang tidak diduga kepada Smith.

Sejak itu, Leslie Smith, anak kepada penjual bongkah kayu api itu, telah memulakan kempen ‘GoFundMe’ untuk mengumpul wang sumbangan untuk ayahnya. Leslie mengetahui bahawa ayahnya telah membelanjakan keseluruhan wang simpanan beliau untuk menanggung kos perubatan ibunya.

Dalam masa 26 hari sejak kempen tersebut bermula, 2 009 penderma telah berjaya menyalurkan wang bantuan berjumlah $117 832 untuk membantu Smith.

Dalam satu temu bual dengan WLOX, sebuah syarikat media di Amerika Syarikat, Smith merakamkan ucapan terima kasihnya kepada kesemua penderma yang sudi membantu beliau.

“Ianya membuatkan saya percaya bahawa kita hidup didalam sebuah negara yang baik, dan [bantuan] ini merupakan antara buktinya,” jelas Smith.

P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , ,

Category: Lelaki

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *