Kanak² Ini Ada Masalah Hati. Luahan Sayunya Ini Buat Ibu Ayahnya SEBAK !!!

| January 5, 2017 | 0 Comments

Kanak² Ini Ada Masalah Hati. Luahan Sayunya Ini Buat Ibu Ayahnya SEBAK !!! | Keadaan Tharuna yang semakin kronik memerlukannya menjalani pemindahan hati bagi membolehkan dia kembali sihat dan aktif seperti kanak-kanak lain.

Benar kata orang tua, kesakitan boleh mematangkan kita. Sama juga dengan kanak-kanak perempuan yang baru berusia 11 tahun ini. C Tharuna memohon maaf kepada kedua-dua ibu-bapanya selepas menyedari masa depannya yang semakin pudar.

“Kenapa Tuhan takdirkan saya begini?” soalnya dalam nada sebak. Kanak-kanak ini memohon maaf kepada ibu bapanya kerana menyusahkan mereka selepas didiagnosis dengan masalah hati sejak berusia 4 tahun.

Tharuna memberitahu, setiap kali berdoa, dia meminta agar penderitaannya berakhir secepat mungkin kerana tidak dapat menahan kesakitan selain tidak mahu menyusahkan ibu bapanya.

“Ibu tidak benarkan saya bermain seperti kanak-kanak lain seusia saya kerana faktor kesihatan. Setiap hari saya perlu makan 6 jenis ubat secara berkala. Saya juga tidak berpeluang merasai makanan enak seperti rakan lain,” katanya kepada FMT.

Sementara itu ibunya, K Kogilavani, 37, akui tidak pernah mengesan sebarang kelainan sejak Tharuna lahir.

Namun, anak sulung daripada 2 beradik itu disahkan menghidap masalah hati pada 2009 ketika dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan selepas mengalami komplikasi dan tidak seaktif kanak-kanak lain seusia dengannya.

Sebagai ibu, Kogilavani enggan berputus asa dan yakin anaknya akan sembuh apabila berpeluang menjalani pembedahan selepas menerima hati ayahnya, R Chandran, 42, di Kanchi Kamakoti Childs Trust Hospital selewat-lewatnya Mac ini.

Demi itu, dia perlu menyediakan kos perubatan antara RM200,000 hingga RM250,000.

Kogilavani yang bekerja sebagai guru itu akui menghabiskan RM120,000 sejak 2010 untuk membiayai perubatan anaknya di India dan kini doktor memaklumkan anak perempuannya itu perlu menjalani pembedahan pemindahan hati jika mahu terus hidup memandangkan keadaannya semakin kronik.

“Doktor memaklumkan keadaan Tharuna kritikal dan minta kami berdoa. Namun anak kami tetap tabah, dia tidak menangis malah mampu tersenyum sekali gus membuatkan kami yakin padanya,” kata ibu itu.

Bapanya, Chandran pula memberitahu, ketika doktor memaklumkan satu-satunya cara untuk menyelamatkan anaknya adalah melalui pemindahan hati, dia tidak berfikir panjang dan terus menawarkan diri untuk mendermakan hati.

“Saya perlu mencari dana yang cukup agar Tharuna dibedah segera. Lebih lama ditangguhkan, kerosakan hati akan jadi lebih teruk,” katanya yang bekerja sebagai eksekutif produksi di sebuah syarikat di Puchong.

Bagi anda yang ingin membantu, bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Kogilavani di 108207441676 atau menghubunginya di talian 012-2789275 atau suaminya, 012-6667268 untuk maklumat lanjut.

Sumber : Free Malaysia Today

P.S. 1 – Ada Apa Dengan Brunei? Bila Tahu Inilah Keadaan Brunei Pasti Ramai Rasa Hendak Pindah Ke Brunei Sekarang !!!
P.S. 2 – Aku Selalu MERUNGUT Pada Suami Duit Belanja Tak Cukup. TINDAKKAN Suami Buat Aku MENANGIS Dan MENYESAL !!!
P.S. 3 – Korang Pernah Mimpi Tentang BAYI?? SERAM… Inilah Maksud Jika Selalu MIMPI Bayi !!!
P.S. 4 – ‘Uncle’ Ini TERINGIN Nasi Lemak Ikan Keli. Tindakkan ‘Uncle’ Ini Buat Peniaga Itu TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Dua Pemuda Tahan Teksi Tapi Minta Jangan Guna Meter. Apa Yang Berlaku Seterusnya Buat Pemandu Teksi Itu Bagi Naik Free !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Keluarga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *