Kritik Inggeris Faiz Subri. Lelaki Ini DIKECAM Ramai Netizen Dan Akhirnya Padam Akaun Twitter !!!

| January 11, 2017 | 0 Comments

Kritik Inggeris Faiz Subri. Lelaki Ini DIKECAM Ramai Netizen Dan Akhirnya Padam Akaun Twitter !!! | Seperti yang anda sedia maklum, pemain bola sepak Malaysia, Faiz Subri, telah memenangi Anugerah Puskas dalam majlis Anugerah Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2016 di Zurich, Switzerland, awal pagi semalam. Faiz merupakan pemain Asia pertama menerima anugerah itu dan kemenangan beliau turut diberi publisiti meluas oleh media antarabangsa termasuk Daily Mail dan ESPN.

Faiz telah menerima anugerah tersebut di Zurich, Switzerland dan telah memberikan ucapan dalam bahasa Inggeris semasa menerima anugerah tersebut kerana gol cantik yang dijaringkannya melalui sepakan percuma dalam perlawanan antara Pulau Pinang menentang Pahang pada 16 Februari tahun lepas di bawah Liga Super.

Pengusaan bahasa Inggeris Faiz tidak begitu baik tetapi memandangkan beliau ialah seorang yang menghabiskan masa berlatih dan bermain bola sepak ia sesuatu yang dianggap normal.

Namun begitu, seorang pemuda di Twitter menggunakan tweethandle @amirfauzii telah mengkritik penguasaan bahasa Inggeris Faiz Subri dengan lantang dan mendakwa ia merupakan sebab pemain Malaysia tidak dipanggil bermain bolasepak di luar negara. Dalam satu siri tweet, Amir memberitahu ini ialah satu masalah dan akan berterusan selagi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mengadakan ‘kelas’ untuk pemain.

Kenyataan Amir mula dikecam Netizen yang menganggap pendapat Amir itu mengarut. Reaksi kepada tweets Amir Fauzii membuat kenyataannya itu menjadi viral. Antara reaksi netizen ialah:

Seorang pengguna Twitter juga mengutarakan mengenai komen seorang lelaki kulit putih yang menyatakan gol yang dijaringkan Faiz menakjubkan walaupun penguasaan bahasa Inggerisnya tidak begitu baik.

Dan apa yang lebih menarik, penggunaan tatabahasa Inggeris oleh Amir Fauzii juga tidak begitu baik dan ia diperbetulkan oleh seorang pengguna Twitter.

Mungkin kerana tidak tahan dengan kecaman bertubi-tubi yang diterima, Amir Fauzii akhirnya terus memadam akaun Twitternya.

Kisah ini menjadi suatu pengajaran kepada kita semua. Sekiranya kita hendak mengatakan sesuatu yang negatif mengenai seseorang yang telah mengharumkan nama Malaysia dan sedang kita raikan kejayaanya, befikirlah dengan mendalam. Tak pasal-pasal kena carut dengan Netizen nanti.

P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: Sukan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *