Kuasa Memberi Saat Kita Sempit. Apa Yang Berlaku Selepas Wanita Ini Memberi Kepada Yang Memerlukan Buat Dia TERKEJUT !!!

| January 23, 2017 | 0 Comments

Kuasa Memberi Saat Kita Sempit. Apa Yang Berlaku Selepas Wanita Ini Memberi Kepada Yang Memerlukan Buat Dia TERKEJUT !!! | Jarang sekali saya mahu kongsi kisah hidup di sini. Kali ini rasa terdetik nak beritahu bagaimana luar biasa hebatnya kuasa memberi saat kita sempit. Rasa macam tak logik tapi kuasa Allah nak beri.

Ada suatu ketika waktu saya sangat down. Semangat jatuh menjunam, kewangan memang paras hidung saja. Tak mahu cerita dengan sesiapa sebab saya rasa sudah terlalu banyak menyusahkan orang lain. Air mata dah kering. Hati dah kosong.

Payment job banyak sangkut. Nak kejar sangat pun dah naik segan. Apabila tengok isi dalam wallet ketika itu saya cuma ada sekitar RM300 sahaja.

Tolak minyak, tol, dan makan, duit baki tinggal lebih kurang RM150. Bolehlah tahan untuk 3-4 hari. Apalah sangat nilai sebanyak itu hidup di Kuala Lumpur? RM50 pun dah macam RM10 sekarang. Stress.

Dalam perasaan jiwa kacau itu hati tergerak nak jumpa kawan lama. Borak punya borak rupanya beliau selalu mencari penderma untuk bantu anak-anak yatim dan asnaf. Setiap minggu mereka masak sendiri dan bawa makanan untuk orang susah.

“Kami perlukan lagi RM100 untuk cukupkan kuota makanan ke tempat seterusnya Lia. Aku terkilan dah lama tangguh sebab duit tak cukup,” katanya.

Masa itu tanpa fikir panjang saya terus hulur RM100 kepadanya dia. Saya pesan; “Nah, nanti bawa aku pergi ke tempat tu.” Kawan itu bersyukur gembira dan doakan saya jadi jutawan. Dia tak tahu keadaan saya. Saya senyum tolong aminkan saja.

Akhirnya dapat juga pergi tengok sendiri bagaimana bercahayanya wajah anak-anak menikmati makanan. Ketika itu saya rasa lapang dalam kesempitan. Perasaan seperti beban berkilo di belakang bahu lesap seperti kena angkat sekejap. Masa balik air mata berjurai-jurai sambil memandu.

Saya malu sebab kecilnya sumbangan saya. Saya malu sebab kisah hidup mereka lebih tragik berbanding saya tapi mereka tetap ceria melayan kami macam tetamu VIP.

Selang beberapa hari, saya singgah ke mesin pengeluaran wang (ATM) untuk keluarkan duit. Terbeliak mata apabila tengok ada baki RM10,000 dalam akaun! Siap double check resit kalau-kalau tersalah pandang ke.

Ada ambil gambar resit, saya nak tunjuk bukti tapi disebabkan baru-baru ini telefon bimbit kena reset habis semua data hilang.

RM10,000 mungkin celah gigi bagi sesetengah daripada kita. Bagi saya ketika itu macam dapat emas. Mungkin itu hikmah saya sedekah RM100 dapat RM10,000. Beberapa pembayaran yang tersangkut masuk sekali harung ke dalam akaun. Mungkin doa anak-anak itu dimakbulkan. Wallahualam.

Sekarang setiap kali dapat pembayaran saya akan pastikan siap-siap ada bahagian untuk sedekah. Sebelum ini sedekah apabila rasa nak beri saja. Apabila kita dah set siap-siap lebih mudah dan nampak jalannya. Mudah menjemput lebih banyak rezeki masuk.

Firman Allah SWT maksudnya: “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap satu tangkai itu pula mempunyai seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas rahmat kurnia-Nya, lagi Meliputi Ilmu Pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah ayat 261)

Sumber : Azlia Idha

P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!

Tags: , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *