Kucing Ini Tersepit Di Pintu Pagar Automatik. Selepas Dikeluarkan Keadaan Kucing ini Buat Ramai SEBAK !!!

| February 1, 2017 | 0 Comments

Kucing Ini Tersepit Di Pintu Pagar Automatik. Selepas Dikeluarkan Keadaan Kucing ini Buat Ramai SEBAK !!! | Kuala Lumpur: Seekor kucing betina berdepan risiko lumpuh kedua-dua kaki belakang selepas badannya tersepit antara pintu pagar rumah automatik.

Rakaman menyelamat kucing itu tular selepas dikongsikan ahli perniagaan, Md Nazry Md Nassir, 33, di Facebook (FB) dalam kejadian 3 petang semalam di Taman Sri Baiduri, Seksyen 9, Shah Alam.

Bagi yang melihat rakaman itu, ia agak mengerikan dan menyayat hati kerana kucing terbiar dianggarkan berusia lebih setahun itu dipercayai tersepit antara ruang 2.5 sentimeter (cm) selama dua jam.

“Saya betul-betul rasa takut tengok kucing tu dalam keadaan separuh mati, tercungap-cungap sehingga terkencing, terberak di situ.

“Saya dan jiran-jiran sudah hubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tetapi mereka tak berani bantu kerana takut dikatakan menceroboh.

“Kami dah hubungi tuan rumah, tetapi dia balik lambat, jadi kami terpaksa buka jek hidraulik pintu pagar untuk selamatkan kucing itu,” kata Md Nazry ketika dihubungi hari ini.

Katanya, operasi menyelamat itu mengambil masa hampir 45 minit.

Bapa kepada dua anak itu berkata, dia membawa kucing itu ke Hospital Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk rawatan hari ini.

“Doktor beritahu, peluang untuk pulih amat rendah kerana ia melibatkan tulang belakang dan doktor beri ubat untuk merawat bengkak.

“Masih belum dapat buat imbasan X lagi kerana mesin rosak di UPM dan tempat lain masih tutup kerana cuti umum,” katanya.

Md Nazry yang juga pemilik lima ekor kucing berkata buat sementara ini, dia akan memelihara ‘Gate’, nama yang diberikan kepada kucing berkenaan.

“Kos rawatan di hospital UPM saya dah bayar, tetapi nanti saya bercadang untuk buka tabung perubatan Gate.

“Selepas semuanya baik, mungkin saya akan buka kepada mana-mana pihak yang mahu memeliharanya,” katanya.

Sumber : Harian Metro

P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *