VIRAL Valet Doa. Selepas DIKECAM, Pengasas Valet Doa Tampil Jelas Tujuan SEBENAR Valet Doa !!!

| February 15, 2017 | 0 Comments

VIRAL Valet Doa. Selepas DIKECAM, Pengasas Valet Doa Tampil Jelas Tujuan SEBENAR Valet Doa !!! | Shah Alam: Pengasas Valet Doa, Hasrin Harin, 40, tetap akan menjalankan perkhidmatan itu meskipun dikecam orang ramai.

Menurutnya, perkhidmatan membacakan doa di hadapan Kaabah diperkenalkannya itu bertujuan memudahkan individu mempunyai masalah tidak dapat pergi menunaikan umrah dalam masa terdekat.

“Ini termasuk individu yang tidak berkemampuan untuk pergi kerana halangan seperti sakit atau terbabit dalam kemalangan. Saya yakin perkhidmatan dengan dijalankan ini, saya bukan membawa orang ramai melakukan maksiat,” katanya ketika ditemui di Shah Alam, hari ini.

Katanya, usaha dilakukan itu bukannya perkara main-main kerana jika dia berniat tidak baik sudah pasti akan dipersoalkan kembali di akhirat kelak.

“Saya ajak orang berdoa ingat pada Allah. Perkhidmatan seumpama ini sebenarnya sudah lama dibuat namun tiada pihak melakukannya secara terurus atau mengiklankan perkhidmatan mereka. Bab doa termakbul yang saya nyatakan turut dirujuk daripada hadis sahih.

“Memang ada hadis menyatakan tempat tertentu apabila kita berdoa pasti dimakbulkan Allah SWT, terutamanya ketika berada di Makkah,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengingatkan umat Islam supaya tidak terpedaya dengan khidmat Valet Doa itu.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata, doa adalah permohonan seorang hamba kepada Allah SWT.

“Sangat tidak wajar doa dijadikan produk atau perkhidmatan komersial kerana ia mempergunakan agama untuk habuan dunia dan mencemarkan kesucian Islam. Hak termakbulnya doa adalah milik Allah SWT semata-semata, bukan terletak kepada manusia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menyarankan umat Islam memberikan maklumat kepada JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri sekiranya timbul sebarang keraguan atau kemusykilan terhadap sesuatu isu demi menjaga kemaslahatan dan kesucian Islam.

Semalam, ramai pengguna di laman sosial melahirkan rasa kesal selepas menyaksikan kewujudan akaun Facebook menggunakan nama ‘Valet Doa’ diwujudkan bagi memperkenalkan perkhidmatan kiriman doa untuk dibacakan di Makkah.

Ia menjadi tular dan mendapat kecaman netizen berikutan pemilik akaun Facebook menyediakan perkhidmatan dengan tawaran harga antara RM250 sehingga RM5,000 kepada orang ramai melalui pakej tertentu seperti VVIP serta pakej King Salman.

Sumber : Metro

P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *